Showing posts with label MANISAN. Show all posts
Showing posts with label MANISAN. Show all posts

Bubur Kacang Hijau dan Ucapan Selamat Tinggal...

Tuesday, February 05, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Memang sedih bila nak taip entry hari ni :( Macam tak percaya aje saya akan meninggalkannya, sedangkan baru 7 bulan bermesra dengan teman-teman semua melaluinya.....Mymintroom nak ucapkan Selamat Tinggal buat temanku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
Streamyx... dan
Selamat Bertemu kembali dengan Unifi...hi....hi...
Jangan Mareee yer...nanti kena jual:)

Sebenarnya, semalam setengah hari suntuk dok melayan servis baru ni. Ordernya tahun lepas lagi tapi baru tahun ni pasang. Itupun sebab buat re-order minggu lepas. Kalau tak memang nak cancel aje. Tapi okay lah berbaloi jugak compare ngan Streamyx.

Kalau dulu antara blog yang bila saya buka memang slow habis ialah blog The Writer's Cooking, SBK, CT Delima serta blog adik-adikku Qasey Honey dan Zila 4ever sedangkan blog-blog inilah antara blog yang saya suka kunjungi. Tapi semalam bila buka blog yang paling slow - The Writer's Cooking pun walawei laju giler. Pendek kata memang puas hatilah setakat ni.

Okaylah berbalik ke entry resepi bodo-bodo aje hari ni ya.

Beberapa kali buat bubur ni tapi ini kali pertama post. Sebelum ni selalu campur dengan durian tapi yang ini kosong dan bodo-bodo aje macam Kak Gee selalu kata:). Cik Suami tak berapa suka yang campur sagu jadi kalau buat bubur kacang tak pernah campur sagu.



Bubur Kacang Hijau 
 Klik!  untuk print resepi )
  
Bahan:

1 cawan kacang hijau
1 cawan santan
Seketul gula melaka
Air secukupnya
Sehelai daun pandan
Garam dan gula secukupnya

 Cara:

Rebus kacang sebentar, buang airnya dan gantikan dengan air lain dan 
terus rebus lagi sehingga kembang.
Masukkan daun pandan.
Masukkan santan dan gaul hingga sebati. Kalau tak suka pekat tambahkan air.
Masukkan pula gula melaka dan kacau sehingga gula hancur.
Akhir sekali, masukkan gula secukup rasa dan secubit garam untuk menaikkan rasa lemak.

 Wassalam...
 

Mango Delight

Wednesday, October 03, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selalunya saya buat intaian @ stok take kat dapur setiap Isnin atau Selasa. Lepas tu buat senarai barang apa yang dah habis dan perlu di top-up sebelum ke pasaraya selepas tu atau pada keesokan harinya. Bila rungkai pantry tengok ada balance tepung Hoen Kwe ni lagi dok tergolek kat dalam kabinet. Alamak apa nak buat ngan tepung ni yerk? Nak buat talam...alahai malasnya nak ngukus-ngukus nih. Sedang kepala dok putaq memikiokan apa nak buat, intaian dalam fridge ada buah mangga harumanis lagi 2 ketoi toi toi dalam fruit section. Hah, idea dah timbul sikit-sikit. Susu segar ada lak lagi 1/2 kotak tu.  Wokey....selamat dessert malam ni dah ada dah. Nonton TV malam-malam  kalau tak ada benda manis-manis ni cam tak syiokkk , kalau ada dessert ke...barulah tak ngantuk kan...



Nak kata Tako bukan, nak kata Puding pun bukan...aleh kita panggil dia Mango Delight sudah le. Nak buat apa pening-pening kepala kan.



Mango Delight 
Olahan : Mymintroom

Bahan Lapisan Bawah:

50gram tepung Hoen Kwe Kuning
3 cawan air
1 cawan gula
Sebiji Mangga Harumanis dibuang kulit & dipotong dadu

Bahan Lapisan Atas

50 gram tepung Hoen Kwe Putih
2 cawan susu cair
1 cawan air 
1/4 cawan air + 3/4 cawan jus Sunquick perasa Mango
Cara:

Sediakan bekas dessert secukupnya. Campurkan semua bahan lapisan bawah kecuali mangga ke dalam periuk. Kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sehingga ia pekat. Tutup api dan masukkan mangga. Kacau sebentar. Tuangkan adunan ini kedalam bekas hingga separuh penuh. Biarkan ia sejuk dan mengeras. Ketepikan.

Dalam periuk lain satukan semua bahan lapisan atas dan kacau rata. Masak atas api sederhana sambil dikacau hingga ia pekat. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah. Biarkan ia mengeras dan simpan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk-sejuk.



Wassalam...


 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS