Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tengah dok fikir apa nak buat untuk minum petang. Asyik belasah kek aje. Muak pulak.
Tengok-tengok ada beras pulut hitam baki buat kuih serimuka tempoh hari. Sebelum beras ni rosak gitu aje baik buat bubur. Bahan yang lain pun ada jadi senang sikit kerja.
Oleh kerana last minute baru terfikir nak buat, saya cuma rendam beras pulut ni 2 jam aje.

Bubur Pulut Hitam
( Klik! untuk print resepi )
Bahan:
1 cawan beras pulut hitam
Air secukupnya untuk merebus beras pulut hitam
1/4 cawan gula putih – ( ikut selera masing-masing)
1 ketul bulat gula melaka
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
1 cawan pati santan - saya guna santan kotak yang rendah lemak
Susu sejat – tuang atas bubur semasa menghidang
Cara:
Beras pulut hitam dibasuh bersih dan direndam 3 - 4 jam (kalau direndam semalaman lagi elok). Kemudian dibasuh lagi dan ditoskan.
Masukkan beras pulut hitam di dalam periuk bersama air dan daun pandan. Rebus sehingga sehingga empuk dan kembang. Tambah air lagi sekiranya air telah kering dan beras masih belum empuk.
Dalam
periuk yang lain masak gula putih dan gula melaka bersama air sehingga gula
larut. Tapis dan ketepikan.
Selepas beras pulut empuk dan kembang, dimasukkan air gula yang telah dimasak tadi. Kacau dan biar mereneh di atas dapur sehingga bubur nampak pekat (ikut kepekatan yang disukai).
Kemudian masukkan pati santan dan garam. Kacau, dan masak seketika lagi. Sekiranya agak pekat, bolehlah ditambahkan sedikit air. (Saya suka bubur yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, sederhana sahaja).
Setelah bubur mendidih, tutup api. Semasa menghidang bubur, bolehlah dituangkan susu sejat di atasnya ( saya tuang susu cair aje ).

Wassalam...
lamanye saya tak mkn bubur pulut itam ni...aduhhhhh teringin sungguh ni.mcm kena buat gak la cuti nnt.
ReplyDeletesedapnya kak.....lama x mknnya....selalu jumpa bulan pose je...kalau buat....x tentu lagi habis ke tdk....anak2 bab bubur nie....mcm kurang skit...yg lajunya...sy jer....:-)
ReplyDeletesama lah kita Syifa budak2 ni alau buat yg hitam mesti tak suka hanya mama yg makan yg hitam2 macam ni tapi besttt lah nampak Mar punya ni pekat likat huh sayang lah tak dpt makan
ReplyDeleteSalam Mar...wahhh ini feveret anak sulung mieza..dia cukup suka bubur pulut hitam..kalau time posa dia mesti minta dimasakkan bubur ni...sedap kan...
ReplyDeleteDan kat bawah ni.terima kasih kasi perbezaan gril dan broil...haram mieza pun tatau apa bezanya hahahah semua bedal panggil gril hahaha
salam...
ReplyDeletewah.. tergoda bila tengok bubur pulut hitam ni...
memang kena bt lps nihhh....
ermmm....nyam2x... terlior nyaaaa
ReplyDeleteSalam Ina, buat jgn tak buat..:)
ReplyDeleteSyifa, samalah...kami berdua jer yang makan, anak tak suka bubur ni.
ReplyDeleteSalam kak Noor, kalau kita dok sebelah rumah boleh pasing2 yer?
ReplyDeleteHi Mieza, sama2.
ReplyDeleteHi Mieza, sama2.
ReplyDeleteHi Syapex, buat jgn tidak:)
ReplyDeleteKakg Gee, nak bagi pun udah habis ler..
ReplyDeletedah lama tak buat ni kak..sedap sangat ni..
ReplyDeleteuishhh... lamanye tak makan bubur pulut hitam... tak jumpa pulut hitam kat jepun...huhu... sedap sgt nih ;)
ReplyDeletewaduh..this is definitely my feveret bubur..daapnyer!!
ReplyDeletesalam Rohah, sesekali pekene mmg sedap..
ReplyDeleteBetul tu Doc...
ReplyDeleteSalam FNF ..ololo...nanti balik malaysia makan puas2 tau.
ReplyDeletelama tak buat dessert ni.. sedapppnya
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletesedapnye bubur ni, desert waktu petang2 he he
Zana, Sara,
ReplyDeletethanks...
Thx on sharing. Akak appreciate sgt.
ReplyDeleteSama-sama Mak Wardah.
ReplyDeletesedap baru je buat !
ReplyDelete