Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Khamis lepas kita berbicara tentang gril di sini. Hari ni kita sentuh sikit tentang broil.
Kalau gril/bakar memerlukan api panas yang bersuhu tinggi dari bawah, broil memerlukan api panas yang bersuhu tinggi juga tapi dari atas.
Gril lazimnya menggunakan "gril pan" atau pun kalau di bakar diluar rumah menggunakan "grill stove" tapi broil menggunakan oven. Hakikatnya proses yang berlaku secara gril dan broil ni sama tapi tak serupa. Aik..., kelirunya. Memang saya pun keliru pada mulanya tapi bila baca betul-betul baru faham.
Beza gril dan broil yang ketara cuma kalau gril daging yang kita bakar bersentuhan (conduction) dengan sumber haba atau jika tidak pun amat hampir dengan sumber haba serta bersentuhan dengan "gril pan". Tapi kalau broil, ianya tak bersentuhan secara terus dengan sumber haba dan daging masak melalui peredaran udara panas di dalam oven.
Atau kalau nak tepat lagi, gril menggunakan kedua-dua kaedah konduktif (sentuhan) dan juga kaedah peredaran haba untuk memasak manakala broil cuma melalui kaedah peredaran haba saja untuk masak.

Makanan yang sesuai untuk dimasak dengan kaedah broil adalah seperti bahagian daging yang lembut dan kurang berlemak, ikan, sayur, ayam dan beberapa jenis makanan laut yang lain seperti kerang, sotong dsbnya. Daging yang liat lebih sesuai dimasak menggunakan kaedah grill.
Bagus ke masak dengan kaedah broil ni dari segi kesihatan?
Oleh kerana kaedah broil pun memerlukan suhu yang tinggi, maka dia pun adik-beradik grill juga kalau kita bercakap tentang risiko mendapat kanser. Tapi kalau bercakap dari segi aspek kesihatan yang lain ianya juga kaedah masak yang sihat sebab tidak memerlukan minyak jadi kurang pulalah risiko mendapat tahap kolestrol yang tinggi seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung
Pada saya, apa-apa saja kaedah yang kita pilih ada baik dan buruknya. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menilai mana yang elok dan mana yang tidak..Ada waktu-waktunya saya masih akan memasak dengan kaedah gril atau broil atau apa saja kaedah yang saya rasa teringin nak buat kerana kita masih ada cara untuk mengawal kemudaratannya. Apa yang penting kerjasama...ehh bukan.., yang penting apa saja yang kita buat dan apa saja yang kita makan tidak boleh berlebihan, betul tak?
Wassalam...
(Sumber maklumat & photo: Google)
tapi KA plgh suka bab2 BBQ Ni best sgt!
ReplyDeleteThanks KA:)
ReplyDelete