Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semasa kakak ipar berkunjung ke rumah tempoh hari, saya jamukan kek pisang
untuk minum petang. Bila dah jamu kek pisang, maka topik yang keluar pun ada kena mengena dengan resepi kek pisang. Sembang punya sembang, terkeluarlah cerita pasal Kek Pisang Oren. Mesti sedap katanya.
Bila saya teringat, saya pun Google resepi Kek Pisang Oren. Jumpalah resepi dari Taste of Home ni.
Bukan resepi kek tapi roti.
Bercakap pasal roti dan kek pisang ni...apa beza antara kedua-dua ni? Kalau kita tengok bahan yang digunakan sama aje kan. Kadang-kadang cara buat pun tak banyak bezanya, macam yang saya buat Di Sini baru-baru ni, tapi kenapa satu dipanggil kek pisang dan satu lagi dipanggil roti? Saya pun tanyalah makcik Google, ya lah siapa lagi kita nak tanyakan?
Di antara jawapan-jawapan yang saya dapat ialah:
2) "Banana cake is “cakier,” that is, lighter, moister, more delicate, and yet somehow more flavorful than banana bread. Maybe its the lower proportion of flour to other ingredients that allows the banana flavor to come out from under the excess flour in a denser loaf."
Kalau google lagi pun jawapan yang diberikan pun hampir sama dengan
kedua-dua di atas.
Kesimpulannya, walaupun bahan yang digunakan untuk roti dan kek pisang
adalah sama atau hampir sama tapi kuantitinya tak sama, contohnya roti pisang menggunakan kuantiti tepung yang lebih banyak berbanding kek. Cara menyediakan pun tak sama sebab kek memerlukan kita memukul telur hingga kembang atau setidak-tidakpun kita kena blend bahan-bahannya, tapi roti tak perlu, cuma campurkan bahan kering ke bahan yang basah..., kacau sebati dengan spatula dan sudah boleh dibakar. Bila kuantiti bahan dan cara penyediaannya tak sama, tentulah hasilnya akan berbeza kan? Roti pisang, teksturnya lebih padat, manakala kek teksturnya lebih ringan. Kalau bercakap pasal rasa, saya lebih setuju pada jawapan ke dua, iaitu kek pisang rasanya lebih sedap berbanding dengan roti sebab kurangnya tepung
yang digunakan.
Okaylah...sembang panjang sangat ni..terus ke resepi dibawah ya...Tapi saya derhakakan cara membuatnya. Saya pukul dulu dengan hand mixer, gula dan telur hingga kembang dan masukkan esen vanila. Selepas tu dalam mangkuk berasingan, campurkan sebati pisang dan jus oren. Kemudian masukkan dengan berselang-seli tepung dan campuran pisang ke dalam telur yang dipukul tadi, dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Masukkan pula minyak dan pukul sebentar. Akhir sekali masukkan kacang atau coklat dan kaup-balikkan adunan. Lepas tu bolehlah bakar dalam "loaf pan" . Adunan ni boleh dapat dua buku roti kalau guna pan bersaiz 8x4 inci.
Emm, bila dah buatnya cara buat kek, mestilah roti ni lembut sikit berbanding kalau digaul saja. Tapi tetap moist.
Apa-apa pun bagi penggemar kek/roti pisang, Banana Orange Bread ni memang sedap
dan berbau segar dengan aroma jus orennya, kena pulak bila tergigit coklat chip tu kan emmm...Cik Suami dan Zikri pun suka.
Banana Orange Bread
Ingredients:
1-1/2
cups sugar
3
tablespoons vegetable oil
2 eggs
3 medium ripe bananas, mashed (about 1-1/4 cups)
3/4
cup orange juice
3
cups all-purpose flour
1-1/2
teaspoons baking powder
1-1/2
teaspoons baking soda
1/2
teaspoon salt
1 teaspoon of vanilla essence - I add
1 teaspoon of vanilla essence - I add
1
cup chopped walnuts - I substitute with chocolate chips
Directions:
In a bowl, combine the sugar, oil and eggs, mix well. Stir in
bananas and
orange juice. Combine the dry ingredients, add to banana mixture,
beating just until moistened. Stir in walnuts (chocolate chip). Pour into two
greased 8-in. x 4-in. loaf pans.
Bake at 325°F (160 C) for 50-60 minutes or until a toothpick inserted near
Bake at 325°F (160 C) for 50-60 minutes or until a toothpick inserted near
the center comes out clean. Cool for 10 minutes; remove
from pans to a wire rack to cool completely. Yield: 2 loaves
Wassalam...
glup!!
ReplyDeletemesti ada kelianna rasa kan..
ReplyDeletesuka sangat dengan kek pisang....kalau macam nie...belum pernah cuba....tq kongsi resepi...
ReplyDelete2 dalam 1 kak ... ada rasa kek dan rasa roti .... lum penah makan lagi ni...
ReplyDeleterajin sungguh yer
ReplyDeleteaslmkum sis.. slm kunjung bls n kenal2.. nampak myelerakan bila tgok tektur roti pisang oren ni..pekene pulak dengan teh o..
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletenampak sgt sedap ni makan petang2 gini kan
psstt he he familiar ker akak org Selama Perak SMDHH