Nasi Goreng Kampung

Friday, September 07, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat memulakan tugas di pagi hari ni. Semoga ceria sentiasa disamping tugas dan kewajipan tak kiralah apa jenis kerja yang dilakukan. Yang penting kerja yang kita lakukan hendaklah yang halal dan diredhai oleh Allah SWT. Kerja pun satu ibadat sebenarnya jika tujuan dan caranya betul. Ada 5 syarat kerja boleh dikategorikan sebagai suatu ibadat:-

1) Kerja itu hendaklah kerja yang halal.
2) Niat hendaklah betul contohnya, niat kita bekerja kerana hendak mencari nafkah untuk keluarga, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak.
3) Kerja yang dilakukan perlaksanaannya betul dan menepati hukum syarak seperti tidak menipu, menutup aurat, membatasi pergaulan antara bukan muhrim dsbnya.
4)Kerja yang kita lakukan tidak melalaikan kita dari melakukan perintah Allah SWT sepert solat 5 waktu.
5) Kerja yang dilakukan hendaklah menepati tuntutan kerja itu sendiri contohnya hendaklah kita melakukan kerja yang sepatutnya kita di bayar dan kerja dengan bersungguh-sungguh.
 (Sumber: Ustaz Kazim )

Emm, sedikit halwa minda buat renungan bersama di hari Jumaat ni...

Malam kelmarin punya cerita, selepas berbuka ngan nescafe ais kow, susah pulak nak lena. Terlupa pulak yang saya kalau pekena nescafe yang pekat memang ada masalah nak tidur. Sudahnya sampai ke pagi tak boleh lena. Selepas buat kan sarapan untuk Kiki dan abahnya semalam, terus sambung tidur sampai ke tengahari. Baru lega, kalau tak, mau macam zombi kot, mata merah menyala.

Nasi Goreng Kampung ni di buat sebab malas nak pikior dah apa nak masak untuk berbuka. Bangun pun dah tengahari, badan mulalah rasa lain macam. Udahnya buat Nasi Goreng Kampung je lah bertemankan Tomyam Putih yang pernah saya buat Di Sini. Abaikan cauliflower dalam gambar ni sebab tu eksyen jer..


 
Nasi Goreng Kampung

Bahan:

3 cawan nasi putih
2 biji telur *di kocak
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Bahan Tumbuk (tumbuk kasar):

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili padi – kalau suka pedas boleh tambah
1 cm belacan kampung
1 genggam ikan bilis

Cara :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula, kacau sebati dan baru di masukkan nasi.
Kacau sehingga sebati sehingga nasi tidak berketul.

Nota: Saya campur sayur kailan dalam resepi ni sebab nak habis kan sedikit stok sayur ni. Boleh juga guna kangkung kalau suka. Masukkan sayur dan kacau sebentar sebelum masukkan telor yang di kocak tersebut.

Sedia untuk dihidang.

Wassalam..

3 comments:

  1. Salam kak, salam lebaran buat akak n family, terima kasih dtg singgah :-)) Semalam nmpjk nasik goreng kat rumah kak amie, pagi ni nmpk kat dapo akak, kita nak buat tp beras2 kita sume beras wangi n beras jepun sbb takde org yg nak makan beras biasa sbb tu jarang beli :D dulu pernah buat nasik goreng kampung guna beras wangi tp rasanya tak sesedap beras biasa ehehe..

    ReplyDelete
  2. salam kenal ;)fuhh sedapnye nasi goreng kampung makan lak ngn tomyam putih... memang ngam lah

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS