Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Al kisahnya, ikan cencaru ni di beli Isnin lepas lagi dah. Dok ada dalam freezer tu, matanya bulat jer tengok kita. Agaknya kalau dia boleh berkata-kata, dia akan tanya, bila ko nak masak aku nih, dah lama bebenor duduk dalam peti es ni udah naik sejuk sampai ke tulang hitam, hik hik hik. Dah naik kesian pulak nengok nye...jadi saya pun skodeng lah apa menu yang sesuai nak di cencarukan ikan cencaru ni ^..^
Akhirnya mendaratlah kat rumah Cik Azlita. Hi hi, tok sah compare lah gambo dalam blog dia tu ngan gambo nih, tapi rasa-rasa nya lah kan, kerutup ikan yang saya buat ni sama lah kot rasa / taste nya ngan yang Cik Azlita buat tu. Sebenarnya ikan ni saya kerutupkan Ahad lepas. Hari ni baru rasa nak post. Saja lah buat kenangan...tak tahu lah bila lagi lak nak masak resepi ikan macam ni. Jarang saya nak buat masak macam ni kalau bab ikan ni. Selalunya masak yang simple-simple je. Jadi bila dah terlebih rajin nak buat kerutup kenalah abadikan kat sini buat rujukan akan datang.
Izinkan saya share kan di sini resepinya ya Azlita.
Kerutup Ikan ala Johor
Sumber: Azlita Aziz
Bahan:
3 ekor ikan cencaru ~ ikan kembung,
ikan parang, selar atau kerisi
4 sudu besar cili kering yang telah
dikisar halus
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 inc kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc belacan ~ dikisar
2 batang serai ~ 1 kisar dan 1
batang lagi dititik
1/2 biji santan kelapa
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub ikan bilis jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Ikan dibersihkan
Gaul ikan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga garing
Setelah garing angkat dan ketepikan
Minyak untuk mengorengkan ikan di
keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar
hingga harum.
Masukkan serai yang telah dititik
Kemudian masukkan cili kering dan
tumis hingga ia garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau
sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan
sedikit air.
Tambahkan santan dan masak hingga
merenih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh tambahkan kiub ikan.
Bila kuah dan mesra barulah masukkan
ikan
Masak lagi hingga kuah meresap ke
dalam ikan.
Sedia dihidangkan.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar