Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Malaysia Berkabung 22 Ogos 2014

Friday, August 22, 2014



Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

Hari Perkabungan Negara telah diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17

Hari berkabung malaysia 22 ogos 2014 MH 17

Ia bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia di atas tragedi Pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Ukraine

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media telah menetapkan garis panduan pada Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air, Jumaat ini 22 Ogos 2014
Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17 MAS


1.Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut
3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
4. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam.
5. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan

Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai

Majlis sambutan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

mysumber.com : Garis Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17



Happy Birthday to......Me.....& hadiah terindah

Friday, February 28, 2014



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Alahai....terlebih rajin la pulak minggu ni 2-3 entri...tapi entri yang ini harus ditempekkan jugak; sebab apa? Sebab yang pertama, hari ni merupakan hari kulahirkan. Yang ke berapa ehem2. Alah tak ada maknanya nak rahsia-rahsia. Yang ke 46. Eee rasa tua bebeno.

Yang keduanya, dapat pulak hadiah paling bermakna sepanjang berblogging. Muncul dalam Majalah Jelita keluaran March 2014. Hah, terkejut saya, apa taknya. Masa buka FB petang Rabu lalu, ingat nak balas mesej seorang teman FB je. Tapi tergerak nak tengok kat satu notification ni. Hairan jugak pasal apalah saudari Norashikin M. Nor ni tag nama saya pulak untuk status beliau yang ada gambar majalah Jelita ni. Tapi bila saya besarkan gambar tu guna software WindowPaint barulah saya faham. Apalagi terkejut beruklah sekejap. Macam tak percaya aje, blog yang biasa-biasa ni pulak yang jadi blog ulasan. Pulak tu berganding dengan blogger hebat MamaFami dan adik yang rajin buat kek (suka tengok kek beliau) Muhammad Syafiq. Tahniah jua buat mereka berdua. Apa-apa pun Terimakasih sekali lagi buat Jelita amnya dan Norashikin khasnya kerana memberikan Mymintroom  peluang muncul dalam Jelita edisi Mac. Semoga Norashikin dan majalah Jelita akan lebih maju pada masa hadapan. Amin...Majalah lain tak beli tak pe bulan Mac tapi Jelita pasti beli  :)


Wassalam...

Selamat Harilahir sayang...

Friday, January 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hari ini 15 tahun yang lalu, saya menjadi ibu kepada seorang insan yang bernama Muhammad Zikri. Tiada hari yang lebih indah dari hari ini apabila dikurniakan seorang anak yang begitu sempurna.
Kehadirannya telah menyemarakkan lagi ikatan kekeluargaan dan sekaligus menyempurnakan keluarga kami.



Zikri, anak yang baik dan mendengar kata, 
walaupun agak pendiam kalau dengan kami, tetapi agak sensitif serta hatinya mudah tersentuh dan mesra dengan kanak-kanak serta disenangi rakan-rakannya. Mesra dengan panggilan Pak Long Kiki, kalau pulang ke kampung, dia macam magnet tempat anak-anak saudaranya melekat dan bermanja. Adakalanya walaupun sedikit keletihan tapi terus melayan kerenah mereka tanpa jemu.


Sempena hari ulangtahun kelahiran Zikri, Mak ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buatmu, 
moga dipanjangkan usiamu, dimurahkan rezekimu, sentiasa dikurniakankan kesihatan yang baik dan berpanjangan, menjadi anak yang soleh yang sentiasa membahagiakan dan membanggakan Mak dan Abah, berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.



Anakku, belahan jiwaku..
Waktu berlalu tanpa pernah kita sedari
Namun pelukan sayang ibu tak pernah kehilangan erti
Dakapan hangat ibu juga selalu menyertai
Doa tulus ku melekat erat dalam ayunan langkah bersatu mimpi

Anakku, jendela sanubariku..
Perjuangan itu kini sudah di hadapan
Saatnya menjalani hidup dengan penuh kebebasan
Hadapi tentangan dengan senyuman
Sapa setiap kesulitan dengan keikhlasan
Raih bintang dengan penuh harapan

Anakku, penawar hidupku..
Hidup ini tidak terlalu mudah dijalani
Ada kesulitan yang akan memperkaya hati,
Tapi.. Jadilah pemenang layaknya juara sejati
Dengan rendah hati dan luhur budi
Bertabur kasih bersulam pekerti

Anakku, bintang harapanku..
Ayunkan langkah dengan ringan hati
Gapai setiap mimpi yang ada di sanubari
Bentangkan asa agar menjadi Satu

YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah

Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin...



Wassalam...

Selamat Tahun Baru 2014

Tuesday, December 31, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

2013...bakal melabuhkan tirainya sebentar sahaja lagi,...rasanya baru semalam mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2013...cepatnya masa berlalu, seakan tak terasa peredarannya.

2013 merupakan tahun yang penuh bermakna bagi saya. Tahun di mana saya mula berjinak-jinak dan bertapak di alam perniagaan bakeri secara online di rumah. Mulanya agak gusar, takut kalau-kalau tidak mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Namun berkat doa dan semangat yang diberikan oleh suami dan keluarga, Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar. Cabaran dan masalah tu biasalah...tapi dari situlah saya belajar memperbaiki diri dan terus maju ke hadapan. In Sha Allah jika diizinkan Allah SWT, saya akan meneruskan perniagaan kecil-kecilan ini selagi tenaga masih ada.

Alhamdulillah dengan izinNya, sebentar lagi kita bakal  bertemu di tahun 2014 pula. Semoga tahun ini memberikan seribu rahmat dan keberkatan dari Allah SWT dari segenap segi buat anda dan saya. Tahun ini In Sha Allah saya akan mempelbagaikan lagi produk jualan saya supaya lebih berkepelbagaian dan variasi.
Semoga segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Akhir kata Selamat Tahun Baru 2014 dari saya...semoga tahun ini terus memberikan kita seribu rahmat dan kejayaan di dunia dan akhirat..Amin..

Gemercik air basahi bumi pertiwi
Indahkan dunia layak sang mentari
Dinginnya embun segarkan suasan
Ku sambut tahun baru dengan sejuta warna
Selamat tahun baru sobat semua
Detik berganti menjadi menit
Menit berlalu berganti menjadi jam
Waktu yang singkat seperti mimpi
Jadikan tahun ini lebih indah di banding tahun yang telah lalu
Selamat tahun baru
Tahun baru semangat baru
Tahun lalu biarlah berlalu
Walau hati di rundung pilu
Mari kita sambut tahun baru
Bersihkan diri sucikan hati
Tahun baru kian menanti
Layak mentari terangi bumi
Bangkitkan semangat dalam diri
- See more at: http://katamutiara.co/kata-kata-ucapan-selamat-tahun-baru.html#sthash.PSteiTdf.dpuf

Gemercik air basahi bumi pertiwi
Indahkan dunia layak sang mentari
Dinginnya embun segarkan suasan
Ku sambut tahun baru dengan sejuta warna
Selamat tahun baru sobat semua
Detik berganti menjadi menit
Menit berlalu berganti menjadi jam
Waktu yang singkat seperti mimpi
Jadikan tahun ini lebih indah di banding tahun yang telah lalu
Selamat tahun baru
Tahun baru semangat baru
Tahun lalu biarlah berlalu
Walau hati di rundung pilu
Mari kita sambut tahun baru
Bersihkan diri sucikan hati
Tahun baru kian menanti
Layak mentari terangi bumi
Bangkitkan semangat dalam diri
- See more at: http://katamutiara.co/kata-kata-ucapan-selamat-tahun-baru.html#sthash.PSteiTdf.dpuf
Gemercik air basahi bumi pertiwi
Indahkan dunia layak sang mentari
Dinginnya embun segarkan suasan
Ku sambut tahun baru dengan sejuta warna
Selamat tahun baru sobat semua
Detik berganti menjadi menit
Menit berlalu berganti menjadi jam
Waktu yang singkat seperti mimpi
Jadikan tahun ini lebih indah di banding tahun yang telah lalu
Selamat tahun baru
Tahun baru semangat baru
Tahun lalu biarlah berlalu
Walau hati di rundung pilu
Mari kita sambut tahun baru
Bersihkan diri sucikan hati
Tahun baru kian menanti
Layak mentari terangi bumi
Bangkitkan semangat dalam diri
- See more at: http://katamutiara.co/kata-kata-ucapan-selamat-tahun-baru.html#sthash.PSteiTdf.dpuf
Wassalam...

18th. Anniversary

Monday, December 30, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Diam tak diam 18 tahun sudah kami melayari bahtera ini. Sama seperti pasangan normal yang lain, suka-duka, pahit manis semuanya kami telah tempuhi dan rasai. Alhamdulillah, apa pun jua rintangan yang datang, kami laluinya dengan tabah.


Syukur Alhamdulillah diberikan rezeki yang murah dan anugerah kesihatan yang baik. 
Moga jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Terima kasih buat suamiku yang sentiasa memahami dan menerima diri ini seadanya. Daku amat menghargainya. Terima kasih juga kerana menjadi ayah yang penyayang pada anak kita dan juga menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab buatku serta menjadi anak yang soleh pada ibumu. Doaku saban waktu moga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan dibawah rahmat Allah SWT senantiasa. Amin...


Wassalam...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Saturday, August 31, 2013

31 Ogos tarikh keramat, 
tarikh yang tersemat di setiap hati rakyat, tarikh  terlerainya diri dari belenggu dan derita...justeru marilah kita pelihara.. sehingga
bila-bila pun jua...


ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu 
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

  (A Samad Said)



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS