Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts
Showing posts with label BISKUT RAYA. Show all posts

Biskut Rangup Pawarna

Thursday, August 16, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, seperti yang saya beritahu, semalam selesailah sudah aktiviti mengukis. Saya rasa diluar sana pun ramai yang dah mula selesai mengukis dan beralih ke aktiviti yang lain pulak seperti mengemas dalam rumah, mengemas luar rumah untuk yang mempunyai halaman yang luas atau mungkin ada yang harus ke asrama untuk menjemput anak-anak pulang. Maklumlah walaupun nak beraya dikampung, rumah pun harus ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan kemas supaya bila balik dari kampung nanti tak adalah bertambah kepenatan. 

 Ini merupakan biskut yang terakhir yang saya kukiskan untuk raya tahun ni. Sebab dia yang terakhir maka saya cuba olah sendiri resepinya berdasarkan bahan-bahan yang masih ada lagi. Alhamdullillah menjadi dan sedap pulak.



Biskut Rangup Pawarna
Resepi Olahan :  MYMintroom

Bahan:

250 gm mentega – pada suhu bilik
6 sudu besar gm gula aising
2 biji kuning telur gred A
1 st essen vanilla
2 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
1 st baking powder
4 cawan cornflakes – blender halus

Hiasan:

Kuning telur
Manik warna-warni

Cara :

Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung dan baking powder; ketepikan dahulu.

Pukul mentega dan gula aising hingga kembang dan putih. Masukkan kuning telur satu persatu pukul lagi. Masukkan essen vanilla. Pukul hingga sebati.

Masukkan bahan  yang diayak tadi dan selang selikan dengan cornflakes dan uli perlahan hingga jadi doh yang lembut. Rehatkan adunan 10-15 minit.

Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/4 inci. Terap dengan acuan pilihan.
Sapukan kuning telur dan taburkan manik berwarna-warni. Tekan sikit supaya manik tersebut melekat di atas kuning telur.

Susun dalam dulang yang dilapaik kertas minyak dan jarakkan kukis di antara satu sama lain. Bakar pada suhu 150 Celcius selama 12 minit (suhu dan masa bergantung pada jenis oven dan juga saiz kukis).



Wassalam...



Chocolate Chip Famous Amos

Wednesday, August 15, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni selesai sudah aktiviti mengukis...fuhh, lega. Sekali buat dua jenis hari ni, esok tak yah hadap dah ngukis. Yeh! yeh! Lepas ni boleh fokus perkara yang lain pulak. Kereta pun dah naik berhabuk tu, macam memanggil-manggil untuk dimandikan. Kalaulah dia boleh berkata-kata, agaknya dia akan kata, " Eden pun nak rayo yo ". Nampaknya macam yang di rancang, Insyaallah esok nak kena mengadap kereta yang dah banyak berjasa ni. Kasi kilat sikit.

Ini biskut raya yang kedua akhir saya kukiskan.. Masih memilih bahan yang ada kena mengena dengan coklat. Resepi ini saya skodeng dari Dapur Ibundo. Insyaallah, saya akan postkan kukis yang last untuk raya tahun ni esok pulak.


Chocolate Chip Famous Amos
Sumber :Dapur Ibundo

Bahan Diayak:

280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp baking soda
2 tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan Lain:

250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip -  boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang ( saya letak badam dan gajus )
 Kismis - Optional  ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )- saya tak letak

Cara:

Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. 
Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. 
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah. (Saya bakar pada 150 celcius, 16 minit mengikut jenis oven)
Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




Wassalam...

Chocolate Cornflakes Cruncy

Tuesday, August 14, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Hari ni saya ke bazaar Ramadan kat depan taman rumah kediaman kami buat pertama kalinya. Pertama kali ke bazaar, ada pulak diedarkan bubur lambuk. Emm rezeki lagi. Tak ramai orang nampaknya kat bazaar ni. Bubur pun dapat 2 bungkus. Biasa lah dah hujung-hujung Ramadan ni. Gerai pun ada yang dah kosong dan yang ada pun jual dalam volume yang kurang dari biasa atau dari awal/pertengahan Ramadan. Yang masih banyak cuma yang menjual lauk-pauk. Saya beli kari daging sebungkus buat sahur nanti. Kalau tidak, emm biasalah Kiki sahurnya tak berapa nak jalan kalau tak ada kari.


Hari tu dapat cornflakes sekotak dari "free hamper" , ..jadi saya geledahlah resepi yang sesuai dan yang sewaktu dengannya untuk saya korbankan Cornflakes ni. Geledah punya geledah dapatlah resepi Chocolate Cornflakes Cruncy ni dari blog Ida. Nampak macam sedap dan faktor yang kedua penting,  ianya mudah. Saya buat dua aduanan dapat dalam 200++ keping ( dua balang besar ).


Chocolate Cornflakes Crunchy 

Sumber : Ida
Sumber : K'baya@New Berlin,UK
 
Bahan: 

(A)
230 gram mentega
1/4 sudu teh garam halus
180 gram gula ( boleh letak 90g gula perang + 90g gula castor)  @ ½ cwn setiap satu

(B)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

(C)
50 gram cornflakes/ oats - Ramas dulu cornflakes bagi hancur sikit.
1 cup nuts yg disukai peanut/almond toast sekejap.
150 gram chocolate rice - saya campur white chocolate rice juga.

(D)
250 gram tepung gandum –@ 2 cwn
2 sudu teh baking powder


Cara:
 

      Ayak bahan (D) bersama. ketepikan.
Pukul bahan (A) hingga kembang.( yg nie a must.. tak pukul sampai kembang biskut tak sesedap yg dipukul kembang) 
Masukkan (B) dan pukul lagi hingga kembang. 
Masukkan (C) dan pukul hingga rata. 
Masukkan (D) dan pukul/gaul hingga rata. 
Bentukkan jadi bebola (guna sudu sukatan yang 1 sudu teh tu,  bila guna sudu camtu, insyaallah, saiznya sekata). 
Letakkan atas loyang (jarak antara 1 bebola dengan bebola  lain dlm 1/2 inci) dan tekan sedikit dengan garfu. 
Bakar pada suhu 170 celcius selama 15-17 minit - saya bakar pada suhu 150 celcius selama 16 minit. (ikut kesesuaian oven yang digunakan, cuba dulu bakar 1-2 keping untuk dapatkan suhu & masa yang sesuai dgn oven )



                                                          Tanpa mengira miskin kaya
                                                       Pangkat kedudukan hamba sahaya
                                                          Sama-sama menyambut raya
                                                           Maaf-maafan dihari bahagia




Wassalam...

Sumber : Koleksi Pantun

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS