Pages

Wednesday, May 13, 2015

Butter Sugar Cheese Roll Bread



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dulu saya buat Cinnamon Pull Apart Bread Di Sini. Saya cuma buat sebahagian doh. Baki sebahagian lagi saya buat Butter Sugar Cheese Roll Bread ni.
Sedap jugak di tekak kami.

Saya kongsikan resepi inti dan cara nak assemble nya saja ya. Resepi doh ada di link di atas atau boleh juga guna mana-mana resepi bun manis kalau tak mahu guna resepi yang tersebut.

 Untuk Inti:
3 sb mentega dicairkan
1/2 cawan gula
1 cwn campuran cheddar & mozarella cheese


Satu bahagian doh dicanai nipis. Oleskan mentega cair di seluruh permukaan.
Taburkan gula diseluruh permukaan diikuti dengan 3/4 cwn campuran cheese tadi. Gulung kemas-kemas dan potong kepada 9 bahagian. Susun menegak dalam loaf pan bersaiz 9x5 inci. Tutup dengan tuala dan biarkan naik lagi selama 45-60 min. Sapu permukaan doh dengan susu, taburkan 1/4 lagi baki cheese tadi.
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu selama 35-30 minit , 170C atau sehingga keperangan.



Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. wahhh..sedap buat minum petang dengan kopi!
    kalau nak kawal kolestrol, jom cuba PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar