Pages

Friday, May 15, 2015

Jom menjeruk Lada dan Kobis!



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Saya selalu buat bihun goreng tapi selalunya potong cili api + kicap aje buat menambah selera. Lama dah nak buat cili jeruk tapi asyik tertangguh-tangguh. Bila tengok cara-cara buat pelbagai jeruk di Asia Food Channel baru-baru ni timbul balik rasa nak buat cili jeruk.
Terus saya masukkan cili hijau dalam senarai shopping list saya.
 
Resepi asal untuk menjeruk ni saya jumpa di MyResepi. Tapi saya olah sikit ikut selera saya dan juga saya rasa kuantiti air jeruk nya terlalu banyak berbanding dengan kuantiti cili yang nak di jeruk. Kebetulan saya ada baki sebiji kobis ( saya rasa anak kobis sebab saiznya memang comel aje), saya gunakan separuh air untuk jeruk cili dan separuh lagi untuk jeruk kobis. Jom semak resepinya!

Cili Jeruk & Kobis Jeruk 
Print Recipe

2 botol kaca - rebus botol & penutupnya untuk nyah-kuman @ sterelization.
10 bj cili hijau basuh, toskan, potong bulat - masukkan ke dalam botol.
3-4 biji cili api - basuh dan masukkan terus dalam botol - opt
Kobis bersaiz paling kecil - potong 4, basuh, toskan, masukkan ke dalam botol.
1 cwn cuka *
1 cwn air tapis *
3 sdb gula *
1 sdt garam halus *
1/4 sdt serbuk kunyit - optional
Didihkan bahan bertanda * hingga gula cair.
Tuangkan separuh ke dalam botol yang berisi cili.
Lagi separuh, masukkan serbuk kunyit dan tuangkan ke dalam botol berisi kobis. Tutup kedua-dua botol dan sejukkan sebelum simpan dalam peti ais.
Nota
: Air jeruk jangan buang, boleh buat salad dressing atau untuk perapan ayam/daging.



Bila dah buat dan dah rasa cili yang dijeruk sendiri, macam best pulak. Selepas 3 hari saya cuba makan, tapi sebab tak tahu nak makan dengan apa saya bedal ajelah makan dengan nasi...fuhh! Sedap...kena betul dengan citarasa saya. Cilinya pun rangup. Mulanya ingat tak rangup sebab ada resepi yang saya jumpa kata kena biarkan air jeruk tu sejuk dulu baru tuang ke dalam botol yang berisi cili supaya cili tu tak lembik. Tapi Alhamdulillah.., masih rangup. Agaknya cili yang saya beli tu masih segar lagi sebab tu masih rangup bila di jeruk. Kobis jeruk tu saya tak rasa lagi. Kalau makan dengan bubur nasi atau burger/hotdog mesti sedap ni. Lepas ni apa lagi nak di jeruk ya...timun kecil, kobis bunga, kobis napa...haha jom menjeruk tapi jangan sampai menjeruk rasa sudahlah..!

Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Ok..ok kakak nak cuba buat yg kobis tu.
    Kalau yg cili kakak dah selalu buat Mar...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Thx sharing camna nak buat jeruk lada + kobis ni.
    Sedap makan dengan nasi.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar