Pages

Tuesday, September 16, 2014

Sotong Kangkung aka Rojak Bandung



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Lama betul tak makan Sotong Kangkung. Kalau di kedai, susah nak dapat yang betul-betul kena dengan selera. Terjumpa dengan resepi Sotong Kangkung perkongsian Chef Joha di FB baru-baru ini, terus tergerak untuk mencuba. Terus saja saya simpan resepinya untuk dicuba hari minggu nanti.  Memang saya dan suami cukup suka hidangan yang sebegini untuk dimakan waktu tengahari sebab kami jarang makan nasi. Bila barang dah tersedia dibeli, saya terus saja mencuba.

In sha Allah, sedap dan kena dengan selera kami dengan rasanya yang masam-masam manis dan sedikit pedas. Sepinggan besar ni kami berdua aje makan. Anak tak berapa suka jadi saya dah belikan nasi untuk dia semasa membeli barang dapur tadi.

Kalau nak mencuba saya kongsikan resepinya di sini pula ya.. In sha allah nanti memang nak buat lagi.



Sotong Kangkung aka Rojak Bandung
Sumber: Chef Joha

Bahan:

1 ekor sotong kering yang sudah di kembangkan,dipotong dadu2 dicelurkan dalam air panas bergaram
2 keping tauhu digoreng dihiris
1 paket daun Kang Kung (organic - ikut citarasa) di celurkan
1 cawan kacang goreng di tumbuk tak terlalu halus
1 batang timun di hiris

Cara:

Semua bahan seperti sotong dan kangkung di celurkan dalam air panas bergaram. Dipotong dadu kecil dan ditoskan dan tepikan. Tauhu digoreng dan dihiris ikut citarasa. Kacang goreng tak berkulit ditumbuk tak terlalu halus. Boleh gunakan kacang paket dikedai yang sedia ada. Sajikan dipinggan lebar sebelum dituangkan sos petis ke atasnya.

Bahan Sos:

3 sudu besar petis
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar jus limau (2 limau kasturi)- saya guna jus limau nipis
6 sudu besar gula melaka dicairkan dulu
2 sudu besar gula pasir
1/2 botol sos tomato ketchup
Air secukup nya

Cara untuk sosnya:

Masak dan cairkan seketul gula melaka dalam periok yang berair sedikit. Letakan gula pasir, jus limau, cili kisar, sos tomato dan petis. Masak sosnya kacau, letakan sedikit air. Sos nya jangan terlalu cair. Rasa sos kuahnya, ia mesti masam manis dan pedas sedikit ikut citarasa.


Selamat Mencuba!

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar