Cheesy Sweet Roll Bun

Friday, September 11, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Meroti sememangnya sudah menjadi aktiviti wajib saya. Setiap minggu, paling kurang sekali saya akan meroti. Diri seakan merasa sangat puas-hati apabila meroti. Jarang sekali dah saya membeli roti kecuali kalau memang kesuntukan masa.

Kali ini dari resepi roti manis saya jadikan Cheesy Sweet Roll Bun. Dari resepi roti manis, saya canaikan doh, tabur dengan gula serta mozarella cheese dan bakar seperti biasa. Tekniknya sama macam menyediakan Cinnamon Roll.

Memang sedap...kena dengan selera kami. Keluar saja dari oven dah kena sambar.

Cheesy Sweet Roll Bun
Print Recipe

Bahan: 

500 gm tepung roti - saya guna tepung gandum 
110 gm gula 
5 gm garam 
15 gm susu tepong 
5 gm pelembut roti 
15 gm instant yis 
1 bj telur size A
80 gm butter
225 gm air sejuk peti ais
Mozarella Cheese secukupnya
Gula secukupnya

Cara:

Campur semua bahan kering.
Masukkan bahan cecair sedikit demi sedikit dan uli sebati.
Masukkan butter, uli hingga doh licin dan elastik.
Rehatkan 10 minit .
Bahagikan doh kepada dua dan canai hingga mendapat saiz anggaran 9x13 inci.
Taburkan gula dan cheese mozarella di keseluruhan permukaan doh yang telah dicanai. Gulung kemas-kemas dan kerat doh dalam anggaran 2 inci. Susun dalam loyang yang telah digris dan biarkan naik 2x ganda, Buat yang sama pada doh yang kedua.
Bakar pada suhu 180 C hingga keperangan.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS