Baking Soda - yang perlu kita ketahui

Thursday, February 14, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
  Hari tu kita kenali sedikit tentang Baking Powder Di Sini. Hari ni kita belajar sedikit
 tentang Baking soda pula ok.

Baking Soda atau nama saintifiknya,  Sodium bicarbonate atau Sodium hydrogen carbonate adalah bahan berwarna putih dan berupa sedikit seperti krystal, berasa sedikit masin dan berasa seperti soda pembasuh.

 Bahan ini telah digunakan secara meluas dan diberi pelbagai nama seperti
  baking soda, bread soda, cooking soda dan bicarbonate of soda. Di dalam bidang sains pula namanya sering dipendekkan menjadi  sodium bicarb, bicarb soda atau bicarb.
Apa pula bezanya di antara Baking Soda dan Baking Powder?

Serupa tapi tak sama. Kedua-duanya berfungsi sebagai agen penaik di mana kedua-duanya ditambah ke dalam adunan untuk menghasilkan karbon dioksid untuk menaikkan kek. Baking powder mengandungi baking soda tetapi kedua-dua bahan ini digunakan pada kondisi yang berbeza.

Alamak, lagi keliru jadinya kan...

Okay...kita tengok lebih lanjut kandungan kimia pada Baking Powder dan Baking Soda dan cara mereka bertindakbalas.

Baking Soda

Baking soda adalah  sodium bikarbonat yang tulin. Ia tiada campuran bahan lain. Ianya hanya akan bertindakbalas secara kimia, jika bercampur dengan bahan lain yang basah dan berasid seperti yogurt, coklat, buttermilk atau madu. Tindakbalas kimianya akan menghasilkan karbon dioksid yang akan mengembang pada suhu oven seterusnya akan menyebabkan kek kita naik. Jika kita perhatikan, resipi yang menggunakan baking soda sebagai bahan penaik selalunya akan ada bahan lain yang berasid. Tindakbalas/reaksi ini bermula sebaik sahaja bahan-bahan tersebut dicampur, jadi harus diingat resepi kek yang ada menggunakan baking soda, kek mesti dibakar secepat mungkin. Kalau tidak ia tidak akan naik dan menjadi bantat. Kalau adunan dipukul berlebihan pun kek tidak akan gebu sebaliknya menjadi lebih mampat sebab bahan penaik akan hilang kalau terlebih pukul.


 Kalau terlebih menggunakan Baking Soda juga akan memberi rasa yang agak masin dan jika bahan asid tidak cukup untuk bertindak balas dengan baking soda, bukan saja kek tidak akan naik dengan sempurna malah kek juga berasa pahit atau seperti ada kandungan sabun di dalamnya kerana baking soda ini tidak dapat bertindak balas dengan cukup untuk mengeluarkan gas carbon dioxida.

Ha...tu sebabnya Giada @Home selalu pesan, kalau mem"baking" semua bahan mesti di sukat dengan tepat untuk mendapatkan tekstur, rasa dan kombinasi yang betul.

Baking Powder

Baking Powder, selain dari mengandungi baking soda/sodium bikarbonat, ia juga mengandungi agen pengasidan iaitu Cream of Tartar dan juga agen pengering (selalunya kanji). Bila baking powder dicampurkan dengan adunan yang mempunyai bahan cecair (seperti susu), asid kering tersebut dan baking soda akan bertindak balas dan mengeluarkan gas karbon dioxida. Nampak tak bezanya...Baking soda perlukan agen asidik dari bahan lain seperti buttermilk, yogurt dsbnya untuk bertindakbalas tetapi baking powder tak perlu bahan yang berasid sebab dia sendiri dah ada agen pengasidan tersebut. Sebab itulah seperti yang dinyatakan dulu di sini, kalau resepi kita ada bahan berasid seperti buttermilk kita kena kurangkan penggunaan baking powder dan lebihkan baking soda.

Baking powder ada pelbagai jenis bergantung pada fungsi dan kegunaannya.
Single-acting baking powder atau juga dikenali dengan BAKING POWDER
Tartarate baking powder
Double Acting Baking Powder
  Ovalette

Kalau kita tengok ada resepi yang menggunakan baking soda dan ada juga yang menggunakan baking powder. Samada Baking Powder atau baking soda yang digunakan bergantung kepada bahan-bahan yang lain yang terdapat dalam resepi tersebut. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan produk dan tekstur yang betul dan sedap.

Disebabkan kandungan, fungsi dan tindakbalas yang berbeza ini,  kita boleh tukar kepada baking powder pada resepi yang memerlukan baking soda ( kita perlu tambah baking powder tetapi ini akan menjejaskan rasanya ). Tetapi pada resepi yang perlukan baking powder kita tak boleh tukar kepada baking soda sebab baking soda tiada asid untuk bertindakbalas dan tidak boleh menaikkan kek kita melainkan jika ada bahan asidik yang lain dalam resepi. 
Kalau kehabisan stok baking powder campurkan  cream of tartar dan baking soda dalam nisbah 2:1 untuk membuat homemade baking powder.

Untuk baking soda...kalau dah habis stok...kena belilah sebab baking soda adalah bahan tulin dan bukannya terhasil dari campuran 2 atau lebih bahan yang kita boleh buat sendiri:) 

Sumber: Diolah dari Google

Wassalam...

3 comments:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS