Pages

Thursday, September 25, 2014

Rainbow Cupcake



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Rainbow Cupcake ni order dari customer untuk hari farewell nya.Dah beberapa kali repeat order Rainbow Cake sebelum ini. Terimakasih ya selalu order dari akak.


Untuk cupcake ni saya gunakan resepi dari blog Secubit Garam kepunyaan Kak Nor. Saya kongsikan di sini pula ya. Memang molek kejadiannya, tak terlalu manis dan sangat moist. Sengaja saya buat lebih sebab anak bujang pun suka. Beberapa kali dah dia minta dibuatkan kek ni sebelum ini. Tapi aduyai bercintanya nak buat sebab mengenangkan  banyaknya layer. Bila tau aje ada Rainbow Cupcake seronok betul dia. Entah dah berapa ketul dah dimakannya.

Terus aje ke resepinya. Resepi ini untuk Rainbow Cake saiz loyang 8 inci. Kalau cupcake bersaiz M bolehlah dapat 40 cup untuk satu adunan ni. Saya paipkan layer by layer dalam cup dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.

Kalau guna cup yang berwarna putih tu lagi cantik sebab kita boleh nampak layer kek yang berwarna  tapi saya terpaksa guna cup yang berwarna kelabu ni sebab stok cup putih tu dah habis kat bakeri. 
 
Rainbow Cake
Resipi asal : Kaitlin Flannery
Sumber : Kak Nor
Print Recipe

Bahan: 
 
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA (dan k.nor juga) alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)

Cara:
 
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci ..jangan guna loyang besar nanti kek jadik nipis, bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Boleh jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suka )
 *MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, (K.Nor juga)

~ reminder utk k.nor : sukatan gula - 1 1/4 cawan sahaja
~ setiap kaler lebih kurang 141gm
~ k.nor lebih suka guna resipi frosting dibawah ni (resipi dr Mas Duniaku.. mekasih Mas :)
~ tip dari k.zai@teratak impian : bakar dgn suhu 150C (20 min) ~ menghasilkan kek yg tak berkerak/garing dan cantik
Resepi Krim Cheese : (boleh juga digunakan sbg frosting RV cake/cupcake)
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea (k.nor tambah 125gm lg utk bg lebihkan rasa cheese)
60 grm gula icing ~ k.nor guna 50gm jer
110 grm butter ~ k.nor guna 100gm jer
2 titik lemon paste

Cara :
 
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.


Selamat Mencuba!
 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar