Pages

Thursday, September 11, 2014

Kek Coklat Kastad topping Coklat Keju Leleh



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Entri tertunggak lagi nampaknya. Kek yang dah lama habis ni saya buat sebab kebetulan ada lebihan kek span coklat. Tak tahu nak buat apa. Timbul idea kek coklat kastad. Resepi Kastad Coklat nya saya skodeng dari blog Syapex Kitchen , manakala resepi Coklat Keju Leleh tu saya olah ikut citarasa sendiri. Untuk kek span coklat pulak saya guna resepi kegemaran saya. Jadi bila ada yang di olah sendiri tu, ambik masa sikit nak menaipnya.

Kek ni rasanya tak terlalu manis, "Macam aiskrim rasa dia, mak" kata anak bujang. Tak hairanlah kejap benar dah selesai. Kalau ada yang nak mencuba jom tengok resepinya.

.

Kek Coklat Kastad
Print Recipe
(untuk Kek Coklat Kastad ini saya guna separuh dari resepi kek ini)

Kek Span Asas Coklat/Vanila/Pandan/Oren

110g tepung superfine *
40g serbuk koko *
1sk baking powder * diayak
150g gula kastor (saya guna gula halus)
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair (saya guna air)
80ml mentega cair / minyak masak (saya guna minyak masak)


Panaskan oven 175 C.
Pukul telur + gula + ovalete + campuran tepung hingga kembang dan gebu
  Masukkan air - pukul hingga adunan benar-benar gebu dan ringan
Masukkan minyak,kaup balik dgn senduk hingga sebati
  Tuang ke dalam loyang 8x8 @ loyang bulat 9 inci (saya guna 8x8) yg telah dilapik kertas
Bakar 45 min @ 175C
Dah masak,keluarkan dr oven dan terbalikkan atas redai kek selepas 5 minit. Lepas tu keluarkan kek dan terlentangkan,biar hingga sejuk

****Jika nak buat kek span vanila..tukarkan sahaja kuantiti tepung kpd 150g dan koko tak payah letak serta tambah 1sk serbuk vanila.
****Jika nak buat kek span pandan / oren...tukar kuantiti tepung kepada 150g dan koko tak payah letak serta 80ml air tukarkan kpd 80ml jus pandan/jus oren.

Sementara kek masak boleh sediakan kastad coklat dan coklat cheese topping.

Kastad Coklat

Bahan:

500 ml susu cair
1/2 cawan gula kastor
1 sdt agar-agarserbuk
50 gm tepung Hoen Kwe warna putih
Secubit garam
1 sudu makan serbuk koko

Cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau dengan whisk hingga adunan likat.Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

Coklat Keju Leleh

125g cream cheese
200g non UHT whipping cream - putar hingga kental, ketepikan
½ cwn susu pekat manis
100g coklat masakan - cairkan dengan kaedah double boiler, ketepikan
¼- ½ cwn air suam atau susu full cream

Cara:

Putar cream cheese hingga licin dan tak berketul. Masukkan susu pekat manis, putar lagi hingga sebati. Masukkan coklat masakan, putar lagi. Masukkan whip cream dan putar perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan air suam perlahan-lahan sambil teruskan putar hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Kalau suka lemak lagi boleh ganti dengan susu full cream. Simpan dalam peti sejuk hingga nak diguna.

Cara melapis kek:

Sediakan loyang (saya guna loyang 7 inci). Lapik dasar loyang dengan plastik dan lebihkan keratan plastik hingga ke permukaan loyang supaya senang nak keluarkan kek dari loyang. Kalau guna loyang spring foam, tak perlu letak plastik.
Ambil sekeping kek letak di atas loyang.
Kemudian tuang sedikit kastad dan ratakan. Letakkan lapisan kek yang kedua.Curahkan lebihan kastad ke atas lapisan kedua.
Simpan sejam di dalam peti sejuk supaya kastad mengeras sedikit.
Keluarkan kek dari loyang dan pindahkan ke dalam bekas yang disukai, dan tuangkan cheese topping. Masukkan semula dalam peti sejuk beberapa jam. Boleh tabur dengan serbuk coklat sebelum dihidang. Kek ni sedap dimakan sejuk.
 
Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. Sedapnya tgk lelehan atas tu...nnti nak try la...1 hri nnti la...hehe...

    ReplyDelete
  2. menggodanya tengok lelehan topping cheese tu..yummy..!!!

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar