Pages

Saturday, September 13, 2014

Ayam Masak Kicap Paling Sedap Di Dunia



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ahakss, jangan cakap saya perasan sebab memang nama "Ayam Masak Kicap Paling Sedap Di Dunia" ini diberi sendiri oleh tuan punya resepinya iaitu tuan blog Thunderkitten. Saya jumpa resepi ni di blog Izah Daut. Cara dia bercerita tentang kesedapan masakan ni memang menjemput-jemput saya untuk mencuba pulak. Sedap? Sememangnya sangat sedap sampai ku hirup kuahnya sekali semasa makan dengan nasi. Sampai bos pun kata lebihan kuah tu simpan dalam freezer nanti boleh makan sama ikan goreng pulak, sabor je la kan. Anak bujang tak usah cakaplah kan, lauk ayam memang feveret dia tambah-tambah ayam masak kicap. Kelainannya dari mayonis tu, menyebabkan rasanya ada lemak-lemak masin bercampur sedikit masam, jadi tak adalah muak sangat bila makan ayam tu. Tak usah cakap banyak, kalau nak cuba resepinya di sini ya.

Ayam Masak Kicap ( Mayonis)
Resepi : Thunderkitten
Sumber:Izah Daut

Bahan:

1 ekor ayam - izah guna 1/2 ekor ayam, saya pun masak 1/2 ekor aje
  Izah gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar utk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.

Bahan tumbuk/blend:

1 biji bawang besar (purple)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - izah tambah, saya letak jugak

Bahan rempah tumis:

1 Kulit kayu manis
5 biji Cengkih - izah tak letak
2 biji Buah pelaga
1 Bunga lawang
8 biji Lada hitam biji - ketuk sedikit
3 biji Lada kering - potong sahaja

Bahan perasa:

6 sudu besar Kicap MANIS cap Kipas Udang – saya guna kicap Jalen
1 sudu besar mayonis Lady's Choice
Serbuk lada sulah ajishio
Garam ( tapi biasanya kicap dah cukup masin) – tak letak

Cara:

Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best. Angkat ayam dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.

Masukkan ayam yang dah di goreng.
Tambah kicap secukup rasa.
Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,

Buka api sederhana dan renehkan (masak low and slow) kalau api kuat memang air cepat kering tapi kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..

Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila tambah mayonis..ayam masak kicap tu akan ada rasa moden sikitlah.. kan orang muda kena kreatif.
Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul-ketul.
Rasa dulu..tambah lah lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..

Bila semuanya ok angkat dan hidangkan.

Note: Izah edit sedikit ayat2 di dalam resepi.
Saya pun ada edit sikit ayat2 ye
  
 Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar