Pages

Sunday, December 01, 2013

Roti Naik Liza Othman


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Baru-baru ni mencuba Roti Naik Pahang resepi Tok Mak  Di Sini. Hari ni mood meroti sudah mari lagi walaupun cuaca agak mendung dari pagi. Tapi kali ni saya mencuba resepi dari Liza Othman pula, seorang pengusaha roti secara online yang terkenal di Johor Bharu. Izinkan saya kongsikan resepinya di sini pula. Semoga rezeki Liza bertambah dan perniagaan berkembang maju ya.
 

Roti Naik Liza Othman
Bahan:

1 biji telur campurkan dengan air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh) - saya guna tepung gandum sahaja
40gm susu tepung
100gm gula kastor
11gm yis atau sepeket yis
80gm marjerin@butter
1 sudu kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver

Cara-cara (Kaedah Breadmaker):
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.
Nota: 
 Saya campurkan semua bahan, uli sebentar dengan tangan dan kemudian uli dengan menggunakan mixer selama setengah jam atau sehingga doh elastik, perapkan selama 1 1/2 jam dan uli semula sebelum membentuk kepada saiz yang dikehendaki. 
Dari resepi ni, saya buat Bun Manis Berkeju, Pizza saiz 9 inci, 4 biji Bun Berkeju dan 4 biji Cheesy HotDog Bun yang ada cream cheese di dalamnya. Semuanya sedap-sedap belaka. Bun tu terlebih garing pulak sebab giliran bakar yang paling akhir dan oven pun mungkin dah terlalu panas agaknya.


Tak rugi mencuba resepi ni.

Selamat Mencuba!

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar