Pages

Friday, December 13, 2013

Rainbow Cake aka Kek Pelangi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Setiap petang masih hujan di Ipoh ni. Musim-musim hujan ni perut pun cepat aje laparnya. Hari ni terlebih rajin pulak mencuba kek Rainbow ni. Resepi yang agak lama tersimpan dalam senarai untuk dicuba akhirnya berjaya juga dilunaskan.


Memang sedap rupanya kek ni, lembut, gebu serta lembap aje teksturnya. Topping nya saya guna 100% cream fresh. Enak dimakan sejuk-sejuk. Resepinya saya rujuk di blog Rahel dan sumber asal resepi dari Kompilasi Hidangan Kek oleh Chef Noraini Zakaria. Saya kongsikan disini pula buat rujukan.


Rainbow Cake/Kek Pelangi
Rujukan: Rahel
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:

250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak bersama - (A)
200g gula kastor ( saya letak 170g )
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:

Griskan acuan bulat 6" (saya guna loyang 7 inci) .Lapiskan dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C ,(saya guna suhu 160 C).
Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
sebati.
Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
vanila.Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian (saya bahagi kepada 6 sahaja).Warnakan.
Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Untuk fresh cream topping:
400 gm non dairy whipping ~ putar hingga kental @ soft peak. Terus lepa pada kek.


Selamat Mencuba!
@ untuk tempahan sila hubungi 019-4400205

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar