Pages

Saturday, December 14, 2013

Kelas Roti dan Bun Komersil bersama Sifu Nor Jannah



Kelas Roti dan Bun Komersil 
14hb. Dec, 2013 (Sabtu)
Pengajar: Nor Jannah
 Lokasi : Oven of Love
(Tawas, Ipoh,  Perak)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, selesai sudah Kelas Roti & Bun Komersil bersama sifu roti yang tidak asing lagi Puan Nor Jannah, seorang yang bagi saya begitu "down to earth person" walaupun sudah berada di kelasnya yang tersendiri di dalam industri yang beliau ceburi ini. Pada mulanya beliau kelihatan sedikit gugup di permulaan kelas kerana menurutnya latar belakang kebanyakan para peserta pun tidak kurang hebatnya, tetapi disebabkan dek keramahan para peserta yang seramai 23 orang yang menghadiri kelas ini, rasa gugup itu terus bertukar kepada semangat mahu memberi sebanyak mungkin ilmu dan tips yang berguna di sepanjang kelas tersebut. Kelas tersebut terus serta-merta bertukar rancak dan begitu happening sekali. Banyaknya serta tak putus-putus tips dan rahsia yang dikongsikan oleh sifu yang murah senyuman dan sangat penyabar orangnya ini.

Menurut Nor Jannah, kelas ini merupakan kelas terakhir dari beliau kerana selepas ini beliau hanya akan menganjurkan kelas untuk jabatan-jabatan kerajaan sahaja. Kalau nak belajar pun harus ke tempatnya nun di Sik, Kedah. Tak hairanlah jika ada peserta-peserta yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk tidak mahu ketinggalan kelas terakhir yang amat berharga ini. Sekalung tahniah buat para peserta. Sememangnya, hendak menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sahaja wang ringgit yang terpaksa dilaburkan tetapi juga harus berkorban masa dan tenaga. Bukan senang disaat orang lain sedang seronok menghabiskan masa bersama keluarga tetapi  harus melupakan sementara semua itu demi untuk menimba ilmu.

Banyak juga soalan dan kemusykilan yang dilontarkan kepada sifu dijawab dengan penuh yakin dan bernas sekali oleh beliau, menunjukkan betapa kematangan beliau di dalam industri yang diceburinya ini yang bagi saya tidak setanding usianya yang agak muda juga.

Mari kita ikuti suasana kemeriahan di sepanjang kelas yang baru berlangsung ini menerusi rakaman di bawah...;


Satu-satunya kumbang yang di kelilingi mawar berduri chewah...
Semoga Hafizz Lokeman berjaya di dalam bidang kulinary yang diceburi.


Di akhir kelas, peserta bukan sahaja dibekalkan dengan pelbagai roti yang gebu dan enak tetapi juga sijil. Semoga ilmu yang ditimba dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua peserta, In Sha Allah...

Akhir kata....sekalung Terimakasih yang tidak terhingga buat Nor Jannah di atas perkongsian ilmu yang amat berguna, buat penganjur yang tidak jemu-jemu melayan kerenah para peserta Ashima Tarmizi tuan punya Oven of Love di atas layanan mesra beliau dan juga juadah makan tengahari serta minum petang yang sedap dan enak, serta buat semua peserta yang memberikan kerjasama dengan baik disepanjang kelas serta semasa menyiapkan tugasan yang diberikan, Tahniah buat kita semua!!

Selepas ini Nor Jannah akan bergegas ke Manjung pula untuk Kelas Roti dan Bun di sana yang dianjurkan oleh Mizwa. Semoga berjalan lancar dan akan lebih happening bersama orang-orang Manjong.

Kelas yang akan dianjurkan oleh Oven of Love seterusnya ialah Kursus Pengendalian & Penyediaan Makanan yang tidak kurang pentingnya kepada bakers dan sesiapa sahaja yang terlibat di dalam bidang pengendalian makanan. Jangan ketinggalan untuk mendaftarkan diri anda untuk kelas ini. Masih belum terlambat. Bagi yang berminat, butiran tentng kelas ini ada Di Sini

Sampai jumpa lagi di kelas-kelas yang akan datang!
  

Wassalam...

1 comment:

  1. wah seronok dpt tambah ilmu masak memasak ni hehehe

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar