Pages

Tuesday, November 19, 2013

Sepetang Bersama Chef Khairi



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, selesai sudah kelas demo kek bersama Chef Khairi berlangsung dari jam dua hingga lewat petang Ahad yang lepas. Kelas yang cukup happening dengan para pelajar yang cukup sporting, tak sunyi dari gurau-senda dan gelak-ketawa. Ada saja usikan dari Chef membuatkan suasana terasa sangat mesra, walaupun ramai juga yang baru pertama kali menghadiri kelas Chef Khairi termasuklah saya sendiri. Memang suasana begini amat perlu apatah lagi kelasnya yang diada
kan di waktu petang, pasti ramai yang tersengguk-sengguk kalau suasananya hambar dan tidak diselitkan dengan lawak-jenaka.

Kelas yang melibatkan 24 peserta ini berlangsung dengan jayanya di bengkel Oven of love kelolaan Ashima Tarmizi yang tidak kurang juga peramahnya walaupun pertama kali berjumpa. Terimakasih juga di atas juadah minuman petang dengan pelbagai kuih yang disediakan.

Kelas yang bermodulkan 3 koleksi resepi kek terbaru Chef Khairi ini memang superb. Bukan itu sahaja Chef juga sudi mengongsikan dua lagi resepi tambahan yang boleh dihasilkan dari resepi ini.  Persoalan dan kemusyhkilan pun dijawab dengan cara yang mudah difahami. Chef juga tak lokek berkongsi beberapa tips serta panduan pemilihan barangan yang betul dan bersesuaian untuk menghasilkan kek yang sedap.









Okay, kalau ada yang berminat untuk mengetahui kelas-kelas anjuran Chef selanjutnya boleh ke laman FB beliau Di Sini atau kelas yang dianjurkan oleh Ashima, boleh juga terus ke page beliau di
Oven of Love

Daaa....

2 comments:

  1. wah bestnyer dapat ilmu memasak lagi tu !

    ReplyDelete
  2. Bestnye kak..x sempt lg nk msuk clas la..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar