Pages

Wednesday, October 16, 2013

Kek Buah Kukus



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Dah lama teringin nak buat kek buah kukus ni walaupun memang bukannya suka sangat pun dengan kek ni yang agak manis. Dulu isteri abang ipar yang sulung aje yang selalu bawak kek buah kukus ni bila tiba hari raya. Lepas tu lama dia tak bawak..mungkin sebab tak larat nak kukus, maklumlah masa yang diambil agak lama iaitu 4 jam kalau nak dapatkan kek yang betul-betul moist dan tahan lama.

Rasanya dah hampir sebulan lebih buah-buahan campuran saya beli dari kedai bakery. Dok terperap dalam peti ais. Tapi bila lepas sorang-sorang rakan FB dok tayang kek buah kukus ni, rasa keinginan nak mencuba turut melonjak-lonjak.


 Jadi, tiga hari sebelum raya haji, saya pun melangsaikan hasrat saya tu. Tertarik dengan hasilan kek buah yang dibuat oleh Kak Nor yang agak kurang manis saya pun mencuba resepi dari blog beliau. Saya cuma adjust sikit aje dengan menggantikan serbuk kayu manis sebab tiada stok serbuk buah pala/nutmeg. Izinkan saya kongsikan di sini pula. Manalah tahu nanti nak buat lagi ke.


Kek Buah Kukus
Resepi : Chef Zubaidah bte Chepa  
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Print Recipe



Bahan :
225 gm Mentega
340 gm gula pasir ~ k.nor guna 1 cawan jer ( saya juga )
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A
1 sk vanilla essence

Bahan ayak:

1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala  ~ k.nor skip ( saya letak serbuk kayu manis )

Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9") ,(saya guna loyang bulat tinggi, 8 inci)

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman. (tak perlu letak dlm peti ais)

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.
 

Masa mengeluarkan kek ni dari periuk kukusan, baunya semerbak harum sebuah rumah. Sedap sangat baunya yang datang dari aroma gula hangusnya. 

Kata orang memang berbaloilah mengukus sampai 4 jam tu. 
Situasi saya yang memang agak sibuk sebelum raya haji membuatkan saya terlupa dengan kek kukus ni. Pagi raya baru berkesempatan memotong dan menjamahnya. Memang sedap, manis-manis buah aje. 


Kalau ada yang nak merasa keenakan kek buah ni tapi rasa tak berkesempatan nak buat sila hubungi 019-4400205 atau PM di Sini untuk tempahan ya...

Wassalam..

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar