Pages

Saturday, October 12, 2013

Enam kaedah untuk menstabilkan whip cream


 
Sumber foto: Recipe Nobs 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar kawan-kawan semua. Rasanya tak terlalu awal untuk mengucapkan Salam Idil Adha buat semua. Beraya di mana dan dah tahu dah apa nak di masak untuk dihidangkan buat keluarga tercinta di pagi raya nanti? Saya beraya di Ipoh saja. Begitulah setiap kali raya haji memang tak ke mana-mana. Mungkin masak pun yang ringkas-ringkas saja. Itu kata suami bila ditanya. Tak payahlah nak masak beria-ia katanya.

Lama betul tak berkongsi ilmu di sini.  Kali ni saya nak kongsi sedikit tentang frosting kek menggunakan 100% whip cream (non UHT). Ada cerita disebalik perkongsian ini. Baru-baru ni saya menerima tempahan untuk sebiji kek tapi katanya budgetnya agak terhad dan meminta saya mencadangkan kek yang sesuai dengan budget tersebut. Saya tahu kalau budget terhad memang tak boleh nak guna cream cheese frosting seperti yang selalu saya guna untuk melepa kek-kek tempahan saya. Google punya google lalu saya mencadangkan sebiji kek vanilla saiz 8 inci, 2 layer dengan whipped cream frosting  berserta hiasan buah strawberi. Bila saya tunjukkan sample foto kek tersebut, dia terus bersetuju. Kek harijadi untuk kakak dan adik-adik yang akan disambut bersama sebelum raya haji nanti katanya.

Terfikir pula dengan kemungkinan tekstur whipped cream yang mungkin akan menyukarkan saya melepa dan menghias kek dicampur pula kerisauan kalau-kalau whipped cream tersebut akan berubah teskturnya jika dibiar lama di luar peti sejuk, saya teruskan pencarian tentang cara untuk menstabilkan atau dengan kata lain cara untuk mendapatkan tekstur dan konsistensi yang sesuai supaya memudahkan kerja melepa kek nanti. Lalu saya terjumpa dengan info yang berguna ini. Mungkin ada yang sudahpun mengetahuinya tapi ingin saya kongsikan juga di sini sebagai rujukan di masa hadapan.

 Perlu diingatkan di sini, untuk melepa kek atau sebagai frosting lebih sesuai menggunakan  non-UHT atau non-dairy whipping cream kerana keadaan teksturnya yang lebih stabil dan lebih mudah di bentuk. Kita lihat dulu di antara jenama non UHT(dairy) whipping cream yang ada di pasaran.

Sumber foto: AkuZack

 Ada 6 kaedah untuk kita mendapatkan lebih kestabilan semasa menyediakan whip cream frosting. Ikuti kaedahnya yang menggunakan salah-satu dari 6 bahan di bawah:-

1) 2 sdt susu tepung tanpa lemak
 2) 1 sdt gelatin (plain)
3) Marshmallows
4) 2 sb gula ising
5) 2 sb serbuk agar-agar segera
6) Mascarpone Cheese

Kaedahnya pula:-

1) Kaedah menggunakan 2 sdt susu tepung tanpa lemak.
Tambahkan susu tepung ke dalam whip cream dan pukul seperti biasa hingga stiff peaks. Nisbahnya adalah 2 sdt untuk 1 cwn whip cream. Kaedah ini lebih sesuai jika whip cream tersebut digunakan sebagai bahan pencicah kerana tekstur whipped cream di tahap stiff peaks lebih kasar dan agak bergintil.



 2) Kaedah menggunakan 1 sdt gelatin (plain)
Taburkan 1 sdt gelatin ke dalam 2 sb air. Biarkan melarut selama 5 minit. Jika masih berbiji cairkan menggunakan kaedah double boiler. Gunakan api kecil dan kacau sehingga gelatin melarut sepenuhnya. Atau boleh juga masukkan ke dalam microwave selama 5-10 saat. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Putarkan  2 cawan whip cream sehingga hampir kaku dan kental sahaja. Tuang gelatin tadi perlahan-lahan dan terus pukul cream hingga soft peaks sahaja. Whipped ceam ini sudah boleh terus digunakan untuk melepa kek.  Perlu diingatkan jangan pukul cream sampai tahap stiff peaks kerana nanti ianya sudah tidak sesuai digunakan untuk melepa kek. Soft peaks pada whip cream jika tidak dicampur gelatin teksturnya tidak stabil dan sukar untuk dibentuk. Di sinilah gelatin memainkan peranannya sebagai bahan penstabil. 



 
Whip Cream yang sudah stabil selepas penggunaan gelatin.
( Sumber : Food Pusher )

3) Kaedah menggunakan Marshmallow

Putar 1 cawan whip cream sehingga soft peaks. Cairkan marshmellow dalam microwave selama 5 saat. Masukkan ke dalam whip cream tadi dan teruskan pukul hingga stiff peaks. Kaedah ini lebih sesuai jika whipped cream tersebut digunakan untuk penyediaan dessert yang manis kerana rasa marshmellow yang sudah sedia manis disamping teskturnya yang lebih kasar.

4) Kaedah menggunakan 2 sb gula ising

 
Sumber Foto: CakeDecoratingCasa

Tambahkan 2 sb gula ising ke dalam satu cawan whip cream. Pukul hingga soft peaks. Kaedah ini sesuai jika whip cream tersebut digunakan untuk dessert.

5) Kaedah menggunakan 2 sb serbuk agar-agar segera.

Masukkan 2 sb serbuk agar-agar segera ke dalam whip cream. Terus pukul hingga soft peaks.
Boleh terus digunakan untuk melepa kek. Selain dari menstabilkan kek, agar-agar segera juga menambahkan rasa dan warna  kepada whipped cream tersebut sekiranya serbuk agar-agar yang digunakan mengandungi perasa atau pewarna.

6) Menggunakan Mascarpone Cheese 

Tambahkan 1/2 cwn mascarpone cheese ke dalam whip cream semasa memukul.
(Sumber : Wiki)

Saya telah menggunakan kaedah yang kedua untuk kek tempahan kali ini kerana ianya lebih sesuai dan lebih praktikal. Lagipun saya rasa lebih yakin akan peratusan kesempurnaan kejadiannya nanti. Ternyata pilihan saya tepat sekali. Hasilnya amat memuaskan hati saya dan yang lebih penting ianya memenuhi citarasa yang menempah. Alhamdulillah. Lihat hasilnya :) Resepi penuh untuk kek ini akan saya kongsikan di entri yang akan datang.


Wassalam.

23 comments:

  1. sangat bagus dan membantu. terima kasih kak berkongsi info ni :)

    ReplyDelete
  2. godd info.. thanks for sharing.. mmg k.nor plan nak try guna kaedah yg ke 2 gak.. tp kaedah letak gula icin pun ok kut cuma akan bertambah manis jer kan :)

    ReplyDelete
  3. Saya bru first time nk wt kek guna frosting whipping cream utk bday ank & suami sya.....info ni mmg membantu....tima ksh byk2....

    ReplyDelete
  4. Sgt mbantu bg sy yg br bjinak2 dgn whipping cream ni.. Sblm ni sy gnkn utk topping cupcake. Tp hasilnya mngecewakan.. Trm kasih byk2 ats info ini.. Sharing is caring..

    ReplyDelete
  5. Trm kasih byk2 atas info ni.. Sblm ni sy gnkn whipping cream utk topping cupcake.. Tp hasilnya mngecewakan.. Sharing is caring..

    ReplyDelete
  6. Trm kasih byk2 atas info ni.. Sblm ni sy gnkn whipping cream utk topping cupcake.. Tp hasilnya mngecewakan.. Sharing is caring..

    ReplyDelete
  7. yg mna satu da best ya??-tq info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah guna kaedah 1,2 dan 4....bagi saya kaedah paling baik.

      Delete
  8. tenkiu kak.. amat berguna untuk kek fresh cream di hari yg panas2 ni

    ReplyDelete
  9. Saya baru lps buat kek bday suami.mungkin berguna utk lain kali.tq ya

    ReplyDelete
  10. Info yg sy cari selama ni...tqvm sis :)

    ReplyDelete
  11. Oo, patut la xjd selama ni, mencair.
    Klu nk tulis, tulisan jd kembang, sbb xda bhn lain, whipping cream semata2, huhu.
    Info yg berguna sgt, terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. maaf saya tidak faham arti 2 "sb" gula ising , arti SB itu apa ya?

    ReplyDelete
  13. Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye 😂

    ReplyDelete
  14. Nak tanya..yg kaedah no 2 tu sesuai x utk topping kek bagu perjalanan melebihi 4 jam?

    ReplyDelete
  15. Nak tanya..yg kaedah no 2 tu sesuai x utk topping kek bagu perjalanan melebihi 4 jam?

    ReplyDelete
  16. Kaedah 2 tu sesuai x utk buat topping kek bagi perjalanan jauh melebihi 4 jam? Tq

    ReplyDelete
  17. Klu dh terlebih pukul perlu buat macamna ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah 2 sudu fresh cream n pukul guna wire whisk.

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar