Roti Sarang Lebah

Wednesday, May 20, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah lama mencuba Roti Sarang Lebah aka Behives Bun yang enak dimakan bersama sos butterscotch ni. Dah beberapa kali pun membuatnya, dari resepi yang sama yang pernah mencetuskan fenomena dikalangan food blogger  dan juga di FB. Malah ada yang menjadikan roti dari resepi Lydia Honey yang berada nun jauh di Kuwait ini sebagai sumber pendapatan sampingan. Memang sedap roti yang lembut dan moist teksture nya ini. Di tambah pula dengan sos butterscotch yang lemak berkrim tu...emmm....enak bangat. Walaupun roti disimpan bersama sos di atasnya untuk beberapa jam ianya masih sedap dan rotinya tidak kembang. Masih lembut dan enak. 


Roti Sarang Lebah
Sumber : Yati
Resepi asal: Lydia Honey  
Print Recipe

Bahan utk Doh:

2 cawan tepung gandum * boleh campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

Saya pernah mencuba beberapa jenis resepi sos butterscotch dan yang paling saya gemari adalah resepi perkongsian dari Dapur Mas kerana rasanya tak begitu manis serta teksture nya lembut bak sutera.
 

Sos Butterscotch
Sumber: Dapur Mas

Bahan :

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)

Cara :

Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong. Nota: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat. Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi.
 
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS