Kek Karamel Pelangi

Tuesday, September 30, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bila bercakap pasal  Kek Karamel Pelangi ni, saya menggolongkan diri saya masih berada dalam sumpahan. Sebab apa? Sebab, ini masuk kali ke tiga saya buat masih ada yang tak kena. Kali pertama, keknya bantat...saya pun kurang pasti kenapa. Mungkin oven tak cukup panas masa membakar. Kali kedua, pudingnya tak cukup masak, sebab saya tersilap menggunakan susu kotak. Kali ni pulak dua-dua kek dan puding okay tapi bila dikeluarkan dari loyang pulak ada sangkut sikit menyebabkan tepi kek kurang kemas....mungkin sebab saya kurang sabar pulak kali ni. Aduyai....tapi tak apa, akan terus mencuba lepas ni...In sha allah kali ke 4 nanti mesti berjaya. Kan usaha tu tangga kejayaan heh! heh!

Saya tak berapa ingat resepi mana yang saya rujuk sebelum ni tapi bukan salah resepi tu pun...salah saya, kurang peka :) Kali ni saya rujuk resepi dari  Chahaya Shiela, rakan blogger blog Spices Journey. Saya kongsikan di sini pula ya. Saya ada edit sedikit wording tanpa mengubah resepinya kecuali...ada gak kecualinya kan...untuk tepung kastad dalam bahan puding tu saya tambah lagi 1 sdt. Selain disebabkan fobia puding yang tak masak kali kedua saya buat dulu, tepung kastad yang saya guna ni adalah tepung yang sama saya gunakan untuk inti kastad cream puff saya. Selalunya saya kena letak lebih untuk kastad tu sebab nanti dia terlalu meleleh sangat bila nak dipaipkan ke cream puff. Jadi saya takut sangat kalau letak 1 sdt nanti pudingnya tak masak lagi.



Kek Karamel Pelangi

Dalam loyang 7 inci, tabur 2 sudu besar gula dan masak atas api perlahan hingga gula hancur tapi jangan sampai hangus. Biarkan. Ia akan merekah sedikit tapi tak apa, itu biasa.
( saya akan gunakan loyang 8 inci bila buat lagi lain kali, sebab masih ada lebihan adunan kek kalau guna loyang 7 inci )

Bahan utk puding

1 tin susu sejat
3 b kuning telur
2 bj telur
1 sdt tepung kastard
60 g gula kastor
1 sdt essen vanilla

Campurkan semua dan kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar melarutkan gula jer. Biarkan seketika supaya buih buih hilang dan puding akan nampak halus tanpa banyak sangat lubang lubang. Selepas itu bila bahan cake dah ready baru tapiskan masuk ke dalam loyang gula hangus tadi.

Adunan Kek A

3 biji Kuning Telur
60gm Gula Castor
1sudu kecil Vanilla Esen
45ml Minyak Jagung
135ml Susu Cair

Pukul telur kuning, minyak dan susu sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

NOTE : PASTIKAN DIBUANG TALI PUSAT PADA SEMUA TELUR UNTUK MENGELAKKAN DARI BAU ATAU RASA HANYIR TELUR YANG KUAT.

Adunan Kek B

140gm Tepung Gandum
1sudu kecil Baking Powder
Ayak 2 bahan ni

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Meringue

6 biji putih telur
(pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning)
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar tar

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh

Masukkan 1/3 bhn merinque kedalam adunan tepung tadi.Gaul rata secara kaup balikKemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

(Sementara itu bolehlah panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C. Bila dah masukkan kek dalam oven kurangkan pada suhu 160C dengan menggunakan api bawah sahaja)

Kemudian tuangkan terus adunan kek ke atas Puding. 
**Tak perlu masak dulu Puding Caramel.**
Seterusnya, belang belangkan adunan.
Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan purple di tengah-tengah lapisan hijau.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Kaedah Steambath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap dimakan dikala sejuk.


Rasanya In Sha Allah  memang marvellous...tak terlalu manis. Teksturpun  memang moist,  lembut dan gebu. This recipe is certainly a keeper for this cake. Thanks again Sheila!

Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Oh... banyak steps nak buat patutlah cantik dan sedap
    Kakak tak pernah buat tapi pernah dapat merasa sebab diberi oleh kawan blogger juga.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS