Kelas Puff & Danish Pastry yang awesome

Wednesday, June 11, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

1hb, June 2014 (Ahad) selesailah sudah satu lagi kelas yang bagi saya sangat awesome. Sarat dengan ilmu, tips serta info tentang dunia puff pastri dari Chef Seriwani Nazri. Dunia yang satu ketika dulu agak asing bagi saya, asing maksud saya, saya hanya tahu beli kalau sesekali rasa teringin untuk menikmati puff pastry yang cukup rangup dan enak. Apatah lagi bila menonton rancangan masakan di TV, majoriti chefnya menggunakan readymade pastry siap dengan saranan agar membeli yang readymade saja kerana penyediannya yang agak rumit. Tapi setelah menghadiri kelas yang padat dengan ilmu dan tips ini ternyata bukanlah susah sangat untuk menyediakan puff pastry.

Peserta Kelas Puff Pastry bersama Chef Seriwani & Puan Pengetua Oven of Love

Sekalung tahniah buat penganjur Ashima Tarmizi, taukeh bengkel Oven of Love kerana menganjurkan kelas ini. Seperti biasa juadah yang disediakan memang terbaik. Bagi yang masih tertanya-tanya atau tercari-cari apakah kelas seterusnya yang bakal dianjurkan oleh Shima silalah berkunjung ke page beliau Oven of Love di link di atas ye.

 Ooii..tak sabar-sabar rasanya nak ke kedai bakeri untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi penyediaan puff pastry. 

Ikuti foto pelbagai jenis puff dan danish yang rangup dan enak yang kami pelajari. Bukan saja elok kejadiannya malah sedap rasanya. Bak kata peserta yang hadir...nampak melting you....:)....Okay, BAWAH SEKALI ADA TAYANGAN VIDEO YE....JGN TAK KLIK....rugi taw...













Peserta Kelas Danish Pastry bersama Chef Seriwani & Puan Pengetua




Sekian!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS