Roti Gebu - Resepi Isma Maisarah

Tuesday, February 04, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Hari ni mencuba resepi roti gebu dari resepi Isma Maisarah di FB. Saya buat 2 adunan (1 kg tepung), separuh saya frozen kan selepas mix. Separuh lagi saya buat pelbagai jenis roti dari 850g doh. Dapat 17 bun, anda boleh letak apa-apa saja inti atau topping yang anda gemari. Sangat gebu dan lembut kejadiannya.


Saya kongsikan di sini resepinya untuk rujukan.
Resepi Roti Isma Maisarah
Bahan: 
500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Cara:

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux:


1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.
 


Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. wah, gebu nyaaaa klau dapat ambil se ketoiiiii utk ngopiiii

    ReplyDelete
  2. mmg cukup gebulah, tq share resepi yer

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS