Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Diam tak diam hampir setahun sudah menjadi suri rumah sepenuh masa dan hampir setahun jugalah
menjalin hubungan alamaya dengan teman-teman blogger yang sangat saya kasihi sekalian.
Ternyata keputusan untuk meninggalkan dunia pekerjaan adalah satu keputusan yang tepat walaupun ketika itu saya berada di puncak kerjaya. Bukan senang mengambil keputusan tersebut tapi ketika itu saya yakin itulah langkah yang paling tepat untuk kebaikan kesihatan saya dimana saya amat memerlukan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah...kini hampir setahun, kesihatan pun sudah semakin baik. Syukur ke hadrat Ilahi dengan segala limpahan yang tidak terhingga ini. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan saya yakin banyak lagi hikmah dariNya yang masih belum dikurniakan.
Sedikit sebanyak, tidak dinafikan blog ini juga banyak menyumbang ke arah
kesihatan saya. Saya sangat enjoy setiap kali membuka blog ini setiap hari, memuat-naik entri baru, melawat blog kawan-kawan, menurunkan komen, menjawab komen...happy sangat. Itu belum lagi bab mendapat kenalan-kenalan baru dari pelbagai latar belakang dan budaya, yang semuanya bukan saja cukup berbakat besar malah ramah dan baik hati belaka.
Buat rakan-rakan.....teruskan dengan minat dan bakat anda okay....Untuk saya...ini bukan noktah terakhir...cuma saya perlu berehat sebentar dari MyMintroom. Untuk berapa lama? Saya pun kurang pasti.
Dapur tak berasap?...Ehh mana boleh...dapur tetap berasap...masa tengah menaip ni pun dalam oven ada baking SMECC (akibat terliur dengan penangan Rohah). Cuma blog ni aje yang tak berasap.
In Syaa Allah, saya akan sentiasa menjenguk ke blog teman-teman semua kerana saya pasti merindui keenakan dan keindahan masakan kawan-kawan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya mempunyai satu lagi "open to reader blog" iaitu Di Sini. Saya akan terus mengup-date blog ini sekiranya ada masa terluang atau jika ada perkara yang nak dikhabarkan.
Okay...sampai sini dulu ya....sebelum saya mengundur diri, segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala yang tidak baik itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Maaf Zahir & Batin...
Wassalam....

sound so sad... moga berjumpa lagi... jangan lupa bila ada mood nak berblog nanti.. jemput singgah umah kalau sudi..
ReplyDeletesalam Jass, wokey no problemo...
DeleteMacam entry kakpb rancang je beberapa minggu lepas tapi tak terjadi sebab dah terbiasa menulis di blog.
ReplyDeleteKdgkala rihat seketika ni pun boleh mendatangkan kebaikkan kan?
Jgn lupa bw kakpb bila free...
okay kak pb...
Deleteindahnya silaturahmi walaupun di dunia maya kan kak... ^_^
ReplyDeletebetul tu dik Mimie...
DeleteTake a rest dulu kak....dah ok nnti bole continue smula....:)
ReplyDeleteTQ Syifa
Deletetahniah ye
ReplyDeleteyg penting kesihatan kita, yg pasti rest dulu ye
Thanks Mamaa Sara
Deletesedih bila baca n3 ni...apapun kesihatan yg paling utama...duit byk kalau x sihat pun x guna juga...semoga akak diberi kesihatan yg baik oleh Allah Ta'ala....take a rest ya...
ReplyDeleteeaip...tak mau sedey2:) Terimakasih atas doanya.
Deletetake care marsita....
ReplyDeleteThanks Mori....happy blogging:)
Deleteslmt berehat kak..jgn lupa kembali bblog nti ehh jika semuanya dh selesai..take care
ReplyDeletethanks Qasey...
Deletesemoga sentiasa berbahagia dgn.apa jua keputusan yang telah di buat.semuanya itu datang dari Allah
ReplyDeleteTQ Suzana...
Deletesalam kak,
ReplyDeletesituasi akak nekad berhenti kerja sama seperti saya,anggap semua itu ada hikmah di sebaliknya kan...dan aktiviti berblog ni sebenarnya menyumbang satu terapi juga bila dilakukan dengan sebaiknya..
kek dlm oven tu compem sedap tauu..hehe
selamat kembali berblogging...
Betul tu Rohah.
DeleteMas, ya lah once in a while kita ni kenalah rehat kan? Bila dah fully rested tu, barulah ada energy sambung blogging. Semoga Mas dapat rehat secukupnya dan akan kembali dengan semangat berkobar-kobar. I tunggu you tau!
ReplyDeleteOkay Madam.....
DeleteAssalam ita,
ReplyDeletesemuga ini bukan noktah berblogging ya..just take a break and rest well..semuga juga dipermudahkan apa2 yang akan dilakukan dan segala urusan..
will definitely miss you dear..
nice knowing you dear..:)
I miss u too dear....TQ for the wishes.
Deletealways doakan yg terbaik for u yer
ReplyDeleteTQ KA...
Delete