Sunnah Memberi Tetamu Makan

Tuesday, February 19, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hari ni tak ada api dari 9-5 pm....hu hu....kalau cuaca panas, kita nak keluar jap...cari tempat sejuk...

Sebelum tu...halwa minda sikit buat tatapan...

Sunnah Nabi s.a.w ialah memberi makan apa yang tetamu suka makan. Beli atau masak makanan yang mereka suka makan. Walaupun tetamu itu orang yang tidak kita sukai, layanlah dia sebaik mungkin kerana rezeki mereka Tuhan telah letakkan dalam rumah kita. Allah mengampuni dosa ahli rumah yang melayan tetamunya dengan baik sekalipun dia adalah orang yang tidak dialu-alukan datang ke rumah kita.


Tunggulah sehingga tetamu habis makan. Hendaklah tuan rumah tidak segera mengangkat tangan daripada makanan sebelum tetamunya benar-benar telah mengangkat tangan dari makanan tersebut (tidak mengambilnya lagi), dan sampai mereka benar-benar selesai makan.

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu“.
Semakin banyak makanan yang dimakan oleh tetamu, semakin banyaklah pahala tuan rumah. Selain itu keikhlasan tuan rumah memberi makan juga menentukan banyaknya pahala yang diperolehi.



Wassalam...

( Kredit to: Kasih Salina )


8 comments:

  1. betul tu... x kira saper tetamu kita...x kira dewasa atau yang kecik...... hidangla apa2 pun... walaupun cuma segelas air...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... terima kasih kongsi info...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah... terima kasih kongsi info...

    ReplyDelete
  4. kalau macam tu...bolehlah datang rumah akak nak jadi tetamu he heee...tq kongsi info nie....

    ReplyDelete
  5. mmg saya di didik dari kecil lagi kalau tetamu datang mmg di hidangkan air dan makanan. kalau x jamu nasik cekodok pun jadi....

    ReplyDelete
  6. Mayang...betul tu..sekadar jamu apa yang ada...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS