Pages

Friday, October 18, 2013

Pavlova



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Entah yang ke berapa kali dah buat Pavlova ni. Dessert ini di antara yang mendapat tempat di dapur saya. Boleh kata setiap minggu ada tempahan yang masuk.  Alhamdulillah. Bukan saja digemari pelanggan tapi juga digemari En. HB juga. Tapi anak bujang agak kurang minat disebabkan tak menggemari buah-buahan yang rasanya masam yang lebih sesuai digandingkan dengan Pavlova yang manis ini.

 Sebelum ini resepi yang saya pakai menggunakan 4 biji putih telur dan 2/3 cawan gula kastor
 tapi kejadian meringue nya agak kurang memuaskan hati walaupun ianya kurang manis. Tapi sejak saya ternampak  pavlova yang di up-load kan oleh seorang rakan FB, saya terus tertarik. Mujur rakan FB saya tu tak lokek nak berkongsi resepi. Saya pun terus mencuba resepi baru tersebut dan sehingga hari ini masih menggunakan resepi yang sama dengan sedikit pengubahsuaian. Ternyata taklah terlalu manis hasilannya. Rakan FB yang murah hati tu saya panggil adik je, tuanpunya blog Nice Mama Forever..memang baik orangnya sesuai dengan tajuk blog beliau. Terimakasih ya cayang untuk resepinya. Izinkan akak kongsi di sini pulak ya.


Pavlova Kasih CK
Sumber : NiceMamaForever
Pavlova Kasih CK by AnnaQawina
Bahan:

4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sdt esen vanila - saya tak letak
1 sdt cuka makan
1/2 sdb tepung jagung
1sdt cream of tartar - ini saya tambah

Cara:

Pukul putih telur didalam bekas yang betul-betul kering sehingga gebu, kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga adunan likat dan berkilat. (saya pukul putih telur hingga soft peaks terbentuk, kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit ( 1sb gula setiap kali), pada sudu terakhir campurkan sekali cream of tartar, terus pukul lagi selama 10 minit atau hingga tiada lagi rasa biji2 gula jika di gosok pada jari, jika ada pukul sedikit lagi )
Renjiskan esen vanila dan cuka makan, pukul sebentar.
Taburkan pula tepung jagung (Ana ayak tepung jagung kedalam mangkuk adunan). Kaup balikkan guna senduk hingga sebati.
Bentukkan meringue diatas loyang beralas kertas minyak.
*Buat dasar meringue, ratakan, kemudian paipkan bahagian tepi tinggi sedikit dari dasar pavlova tadi.
*Atau bolehlah bentukkan ikut suka hati..
Panaskan oven selama 10 minit suhu 160'C, kemudian masukkan pavlova ke dalam oven, setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 140'C selama 50-60 minit.(bab suhu ni CK yg ajar secara online..)
(saya panaskan oven pada 180 C, kemudian bila masukkan Pavlova terus turunkan suhu ke 140C dan bakar selama 1 jam setengah )
Setelah masak, tutup suis oven, biarkan sehingga Pavlova sejuk dengan pintu oven sedikit terbuka.
*Ana biarkan 10 minit setelah masak, kemudian keluarkan letak kat luar je sampai sejuk, kemudian baru tanggalkan dari kertas perlahan2..Alhamdulillah tak melekat dan pecah.
Hiaskan dengan krim pilihan dan buah2an segar.
 
** Saya kongsikan juga beberapa petua untuk mendapatkan meringue yang baik  Di Sini.

 Sebenarnya saya sukakan Pavlova yang berwarna putih mulus selepas dibakar,
 tetapi disebabkan faktor masa dan kos, proses dan teknik pembakaran menyebabkan Pavlova saya ni berwarna brownish. Kalau nak warna putih mulus tu memang boleh tapi jenuh lah berkampung kat oven tu sebab suhunya kalau menggunakan oven saya ni memang kena betul-betul rendah (dalam 100-120 C ) dan harus dibakar dalam 2-2.5 jam baru dapat yang putih melepak tu. Kalau macam tu tak payahlah bakar kek lain ye...bakar dia je hi hi.

Antara order Pavlova yang lepas-lepas....
Selalunya buah-buahan yang saya gunakan adalah strawberi, anggur hitam dan juga kiwi. Tapi adakalanya pasaraya berdekatan kehabisan stok buah-buah ni terutamanya buah strawberi, jadi saya terpaksa mencari alternatif lain atau buah-buahan lain yang sewaktu dengannya.







Okay...buat pengunjung yang belum pernah mencuba Pavlova ini...selamat mencuba...atau kalau tiada masa nak mencuba boleh beli aje dari saya melalui 019-4400205.

11 comments:

  1. Nak..! Nak..! nak..!! sedapnya... yummy!!!

    ReplyDelete
  2. salam..

    cantik pavlova tu..banyaknya tempahan ya..moga terus maju dalam bisnes ya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Cik adik yg murah hati dtg nk ngendeng pavlova

    ReplyDelete
  4. Xbwak piring,kan senang bg je yg dah dipack tu hehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaaaaaaaaaaaa... terliur2 gak tengok pavlova ni.. lama tak wat..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar