Cream Puff with Durian Fillings

Friday, November 30, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Alhamdullillah, dikurniakan kesihatan untuk bertemu sekali lagi di hari Jumaat ini. Harap teman semua sihat jua hendaknya ya.  Hujung minggu ni masih pack dengan memenuhi undangan kenduri lagi...kenduri kahwin ada, kenduri anak berkhatan pun ada..:)
 
Entri ni entri penutup untuk minggu ni. Sebenarnya, Cik Suami ada bawa balik durian nak dekat separuh penuh kereta pick up dia Isnin yang lepas. Pening kepala saya tengok. Umur dah dekat ehem..ehem ni bukan boleh layan durian sangat kan. Lagipun tak elok untuk pesakit SLE sebenarnya makan durian berlebihan ni. Jadi saya bagi kat jiran-jiran dan panggil anak-anak sedara datang rumah makan. Seronok betul dia orang. Dapat durian free:)


Harga durian pun murah sekarang ni sebab supply banyak. Tapi saya tak pernah beli lagilah setakat ni sebab asyik dapat free aje. Balik kampung pun ada durian jugak. Dalam peti ais tu ada 2 tupperware besar "frozen durians pulps". Saja simpan. Bila "off season" bolehlah buat apa-apa yang patut kalau teringin, kan? Tapi yang paling feveret tentulah tempoyak. Tempoyak dah ada 2 bekas...emmm yum yum..


Dah makin ramai rakan blogger yang mencuba Durian Crepe yang famous amos tu...tapi saya belum sampai hasrat di hati heh heh. Kali ni saya cuba buat Cream Puff (dengan inti durian) yang tak pernah saya buat seumur hidup. Resepinya agak mudah saja rupanya.  Resepi Cream Puff saya ambil dari Yani. Memang mudah dan berbaloi untuk dicuba. Puffnya memang lembut. Resepi durian fillings pula saya olah dari blog Sweetylicious.


Cream Puff
Sumber: Yani

Bahan:

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak (1/2 cup)
2 biji telur(100g)

Cara:

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C. (Saya guna suhu 180 C)
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm. Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200C (saya guna 180C) selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C (saya turunkan ke 160C) dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.


Durian Fillings:
Sumber: Sweetylicious
Diolah semula: mymintroom

Bahan:

Isi dari 4 ulas durian
1 tbsp susu segar
2 tbsp madu
100g  Dairy whipping cream

Cara:

Whisk whipping cream hingga lembut dan bertanduk.
Dalam mangkuk lain campurkan isi durian dengan susu dan madu. Kacau dengan spatula hingga sebati.
Campurkan cream dan campuran durian dan kacau hingga sebati. Sejukkan dalam peti ais hingga sedia untuk diisi ke dalam cream puff.

Wassalam..

Super Easy Egg Benedict

Wednesday, November 28, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sarapan apa pagi ni? Nasi Lemak? Nasi Goreng? Atau ...Roti Canai. Apa-apa pun ketiga-tiga menu ni memang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia.  Apa kata kalau kita cuba Egg Benedict lak hari ni untuk sarapan.

Lama dah nampak resepi ni kat blog Azlita dimana resepi asalnya dari Zurin (MyResepi); cuma tak berkesempatan nak buat.  Penyediaannya memang mudah, kalau untuk 2-3 orang makan. Tapi kalau nak buat untuk sedozen...alamat dok kat dapur je lah sepanjang pagi heh heh.

Kalau google kat alam cyber...omputih punya Egg Benedict, depa guna muffin instead of roti. Lepas tu letak macam-macam...slice meat, kacang, macam-macam sauce, keju...bla..bla..bla. 

Resepi ni yang paling mudah cuma telur dan roti. Tapi memang sedap, tambah-tambah dengan lada hitam dengan oregano tu...walla...sedapnya bau dia.

 

 
Wassalam...
 

Lemony Caramel Puding

Tuesday, November 27, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,   

Pagi ni agak sibuk sikit...sikit aje...biasalah hujung-hujung tahun ni segalanya expired...roadtax lah..lesen lah...tapi sempat lagi cilok untuk up-date entry hari ni.:) 


Kadang-kala... bukan selalu, bila lepas makan malam tambahan kalau menu malam tu agak pedas, Cik Suami akan tanya "Ada dessert tak?" Jadi nak senang, buat je lah yang senang yerk.

Resepi ni ada kelainan sikit. Saya gantikan 3 sudu besar air tu dengan 3 sudu besar jus limau. Bila makan ada lah rasa masam-masam kan...kurang sikit rasa bersalah sebab terlebih "intake" gula heh heh.


Lemony Caramel Puding
Bahan untuk Karamel:

3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar jus limau atau jus oren jika suka

Bahan A:

1 bungkus agar-agar serbuk (tanpa warna, 7 gm)
4 cawan air
130 gm gula pasir

Bahan B:

1 tin susu cair @ 400gm
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
(campur sebati semua bahan B dalam satu bekas)
Cara :

Untuk membuat karamel,hanguskan gula dalam kuali... Bila dah kesemua hampir larut/berwarna emas.. tuangkan sedikit jus limau perlahan-lahan (masa menuang perlu berhati-hati sebab sangat panas dan  mudah meruap). Tuangkan ke dalam acuan.

Dalam periuk,  didihkan bahan A. Kemudian kecilkan api dan masukkan pula bahan B. Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api.
Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.

Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bolehlah potong dan dihidangkan sejuk-sejuk.


Emm..., nyamannya..."guilty free dessert" nih... Cuba jangan tak cuba tau...

Wassalam...

Ayam Blackpepper Daun Bawang Zila Forever

Monday, November 26, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Dah makan? Dah minum? Dah kenyang?  Alhamdulillah.... Bila perut dah diisi, barulah hari yang dilalui akan lebih lancar tak gitu?  Otak pun boleh berfikir dengan lebih berkesan.


Pagi semalam operasi mengemas bahagian dapur termasuk mencuci peti es. Lepas cuci tu, bila buka aje peti es tu, automatik senyum terukir di bibir tengok peti es yang suci bersih :). 

Lauk ni semalam punya menu makan malam.  Makan ngan nasi panas-panas em..pas tu tergigit lak cili api Thai yang merah menyala tu...berpeluh-peluh dibuatnya.

Terimakasih dik Zila atas perkongsian resepi Ayam Blackpepper ni. Tapi, akak tak ada stok sos lada hitam jadi akak ganti dengan Worcestor sauce yang selalu omputih letak bila buat sos black pepper. Memang sedap masakan ayam ni. Akak kongsi pulak di sini ya...



Ayam Blackpepper Daun Bawang
Sumber: Zila

Bahan:
1/2 ekor ayam dibersihkan - saya guna bahagian dada ayam saja 
1 sudu besar black papper - jenis kasar ( saya letak 1 1/2 sudu besar)
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Serbuk kunyit
2 sudu besar sos lada hitam - saya ganti dengan 1 sudu besar Worcester Sauce
Daun bawang
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
2 biji tomato - jika suka - saya letak sebiji ubi kentang potong kecil & di goreng dulu
1 biji bawang besar - saya letak 2 biji ( sebiji potong dadu, sebiji lagi di mayang )
Sedikit kicap
Sedikit cili api - ini saya tambah

Cara:
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
Lumurkan serbuk kunyit dan garam (saya letak serbuk lada hitam sedikit), perap sekejap dan goreng hingga garing.
Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat, dadukan bawang besar.
Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,sedikit kicap dan sos lada hitam..tumis seketika.
Masukkan ayam, gaul rata..masukkan tomato (ubi kentang dan bawang yang dimayang) serta daun bawang ( dan cili api) .
Masak sehingga daun bawang sedikit layu..matikan api..Sedia dihidang.

Wassalam...

Buttermilk Chocolate Chip Cookies buat Sang Arjuna

Thursday, November 22, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Lama jugak tak mengukis. Sejak rayalah kan :). Hujung minggu ni nak jemput Sang Arjuna sebab hari Sabtu hingga Ahad tak ada kelas. Habis minggu ni bermakna tinggal lagi 2 minggulah Kursus Celik Al Quran tu.


Minggu lepas semasa gi kenduri kahwin, tuan rumah bagi goodies berupa chocolate chip cookies. Comel lote aje saizya. Beria benar Kiki makan sampai habis 2 botol kecil cookies tu. Kalau dia tak balik minggu lepas alamat goodies tu keras aje lah atas meja ni. Tak ada siapa nak makan.

Tergerak nak buat  Chocolate Chip Cookies ni untuk Kiki bila dia balik nanti. Saya ada leftovers buttermilk masa buat banana muffin Isnin lepas. Masih elok lagi, jadi saya google resepi yang guna buttermilk lalu berkenan dengan resepi dari blog Amy...Actually ni.

Pagi tadi ada urusan sikit kat Ipoh, OTW balik singgah Tesco jap beli chocolate chip dan sedikit keperluan lain. Baliknya, thaw bahan-bahan dari fridge...lepas tu start engine.



Buttermilk Chocolate Chip Cookies
Source:  AmyActually
(Makes about 3-4 dozen cookies depending on cookie size)

Ingredients:

2 cups all-purpose flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1/2 cup unsalted butter
3/4 cup cocoa powder
1 cup sugar - I put 3/4 cup
1 tsp vanilla extract
2/3 cup buttermilk
10 oz chocolate chips - I used Van Houten chocolate chips
Chocolate syrup (optional) - I skipped

Instructions:

Preheat oven to 350 degrees F. Line two baking sheets with parchment paper or silicone liners.
In a medium bowl, whisk together flour, baking soda and salt.
Melt the butter in a small, microwave safe bowl.
In a large bowl, combine the melted butter (still warm) with cocoa powder and whisk until very smooth. Whisk in sugar, vanilla extract and buttermilk. Gradually stir in the flour mixture until no streaks of flour remain. Stir in the chocolate chips.
Drop dough in 1-inch balls onto prepared baking sheet, leaving about two inches between cookies to allow to spread.
Drizzle chocolate syrup over dough if using.
Bake for 10-12 minutes, until cookies are set around the edges.
Cool for 2-3 minutes on a baking sheet, transfer to a wire rack with a spatula to cool completely.

Store cookies in an airtight container for up to 3 days.
 

Memang sedap cookies ni, luarnya rangup, dalamnya moist. Tak berapa manis sangat sebab saya kurangkan suku pada sukatan gulanya.  Bagi saya okaylah manis macam ni...tapi kalau suka manis lagi boleh letak secawan terus.

Wassalam...

Khasiat Buah Labu

Wednesday, November 21, 2012

Sumber dari Google

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kita selalu dengar orang kata kalau makan labu nanti perut angin, malah saya sendiri kadang-kadang takut nak makan buah labu atas sebab yang sama. Dalam takut-takut tu sebenarnya masakan yang berasaskan labu ni memang menjadi kegemaran saya dan saya rasa teman-teman juga begitu kan? Buatlah apa saja dari gulai, pengat, kuih-muih, muffin, tumis air, kek, hinggalah ke makanan bayi, hasilnya tentu sedap dan pasti tidak akan mengecewakan.
Sumber : Dapur Ibundo, Ayu, Chah, Nor
Semalam saya terdengar petikan dari salah satu ceramah oleh Ustaz Kazim Elias di Radio Perak FM, tentang banyaknya khasiat buah labu  malah katanya, Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari buah labu. Selain daripada itu katanya, buah labu kalau betul cara masaknya boleh mengelakkan angin.

Baginda Rasulullah SAW suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS". Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".
(Sumber: Amalan Rasulullah)

Pelbagai khasiat buah labu dan bahagian lain pada pokok labu ini boleh di baca Di Sini juga.

Saya cuba google tentang cara masak labu yang betul untuk mengelakkan angin tapi tak ada pulak. Kalau kacang panjang , nak elakkan angin kita kena makan waktu masih panas. Labu pulak macamana ya? Ada sesiapa yang tahu...boleh tolong share.

Sumber dari Google
Wassalam...

Banana Cupcake with Vanilla Sugar Glaze

Tuesday, November 20, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Pertama sekali, buat anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang untuk UPSR yang baru diumumkan semalam, sekalung Tahniah diucapkan, kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih dan berputus asa kerana ini baru permulaan saja. Banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi sepanjang menjalani kehidupan. Semoga terus tabah dan teruskan usaha hingga berjaya ya.

Walaah, dengan terhidangnya Banana Cupcake ni maka berakhirlah sudah episod melangsaikan stok pisang lecek. Legaaa....

Resepi cupcake ni saya rujuk Di Sini.


Banana Cupcake
Sumber: SouthernFood

Ingredients:

1/2 cup shortening - boleh juga diganti dengan yogurt atau sour cream
1 teaspoon vanilla
1 cup sugar
2 eggs
2 1/4 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
2 1/2 teaspoons baking powder
1 cup mashed ripe bananas, about 3 large ripe bananas
1/4 cup buttermilk - kalau tak ada stok boleh guna kaedah di bawah untuk buat homemade buttermilk.

Homemade Buttermilk:

Ingredients:

Milk (just under one cup)
1 Tablespoon white vinegar or lemon juice

Preparation:

1. Place a Tablespoon of white vinegar or lemon juice in a liquid measuring cup.
2. Add enough milk to bring the liquid up to the one-cup line.
3. Let stand for five minute. Then, use as much as your recipe calls for. 

Preparation for the cake:

Cream shortening and vanilla; add sugar gradually, beating until light and fluffy.
Add eggs one at a time, beating well after each addition.
Sift together the dry ingredients; add alternately with banana and milk to the creamed mixture, beating well after each addition. 
Fill greased and floured or paper lined muffin cups about 1/2 full. Bake at 375° for 18 to 20 minutes, or until done. Cool and frost as desired. Makes about 24 to 30 cupcakes.


Vanilla Sugar Glaze:

1 cup powdered sugar
1 tablespoon milk
1/2 teaspoon vanilla extract
Few drops of favorite color - I added

Preparation:

Whisk together powdered sugar, milk, and vanilla until smooth, adding up to 2 tsp. additional milk for desired consistency. Drizzle over tops of scones.


Kalau tak nak letak sugar glaze tu rasanya elok tambah sukatan gula pada adunan sebab cupcake ni memang manisnya ala kadar aje gitu.  Saya juga tambah kacang kat atas cupcake.


Wassalam...

Kek Lapis Cream Cheese

Monday, November 19, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersua lagi di hari Isnin.  Hujung minggu lepas tentu ada yang menghadiri kenduri kahwin kan. Saya  pun begitu jugak, hari Sabtu saja ada tiga kenduri yang kami hadiri dari kalangan saudara jauh dan juga dekat. Petang Sabtu pulak kami menjemput anak bujang yang sorang tu dari "Khemah Celik Al Quran". Hari Sabtu petang hingga Ahad petang tak ada program jadi bolehlah "outing" sehari. Di kesempatan itu saya sediakan kek ni untuk dibawa bersama,

Dulu pernah buat sekali Di Sini. Saya masih menggunakan resepi yang sama, cuma kali ini saya tak kukus sebaliknya saya bakar menggunakan kaedah "bain marie" yang caranya macam Di Sini.


Mulanya risau jugak sebab selalunya kalau bakar ni resepinya lain sikit berbanding dengan kukus. Saya tak ubah apa-apa pada resepinya tapi Alhamdulillah walaupun menggunakan kaedah "bain marie" pun masih ok kejadiannya dan moist jugak keknya.  Yang tinggal pun sepotong ni untuk posing, yang lain nya saya dah tapau untuk si bujang tu le. Saya kongsikan lagi resepinya di sini ya.

Kek Lapis Cream Cheese

Bahan A ~ Cheese

250 gm cream cheese
60 gm gula halus – ½ cawan
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

Penyediaannya:

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana. Sediakan loyang berukuran 8 inci.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Menggunakan kaedah bain-marie:

Letakkan loyang kek ke dalam loyang lain yang lebih besar. Tuangkan air panas ke dalam loyang besar tersebut hingga 3/4 penuh.  
Bakar lapisan kek pertama selama 15 minit. Tutup permukaan kek dengan aluminium foil semasa membakar, tak perlu tutup rapat. Saya bakar pada suhu 150 C (terpulang pada jenis oven masing-masing).
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan bakar selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan bakar lagi selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.

Wassalam...

Banana Sheet Cake

Friday, November 16, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ha ha...janganlah marah ya kawan-kawan...kek pisang lagi nih. Tu pun masih ada cikit lagi stok pisang. Adoyai....kalau malas kita buat cekodok aje lah ya...Tapi masalahnya...resepi kek pisang ni semuanya sedap-sedap belaka. Tak rugi mencuba.

Resepi kali ni saya ambil dari blog SimplyRecipe. Resepi asal ni agak manis sikit ya jadi kalau tak suka manis kurangkan gula pada adunan kek dan frostingnya. Kalau tak nanti kata orang utara manis melecaih pulak rasanya.

Jom kita tengok resepinya...


Banana Sheet Cake Recipe
Source: SimplyRecipe 

Here's a tip, leave the cream cheese and butter for the frosting out while you make the cake, that way they will be softened by the time the cake is cooled and ready to frost. This cake is on the sweet side (it is a cake after all). If you are trying to cut sugars, you may want to experiment dropping the sugar in the cake mixture by a half cup and cutting the amount of frosting in half.

Sebagai tips, biarkan cream cheese dan butter pada suhu bilik sementara menyediakan kek supaya bila kek siap, cream cheese dan butter tersebut cukup lembut untuk menyediakan frostingnya.

Ingredients/Bahan: 

For the Cake/Untuk Kek: 

2 cups all purpose flour/ 2 cwn tepung gandum
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon cinnamon/serbuk kayumanis
1/2 teaspoon salt - saya tak letak sebab guna butter yang bergaram
1/2 cup (1 stick) unsalted butter - saya guna salted butter
1 cup white granulated sugar - saya letak 3/4
1/2 cup brown sugar
2 eggs
The scraped insides of one vanilla bean, or 1 teaspoon of vanilla extract
1 cup of mashed ripe bananas (2 large or 3 medium bananas)
1/2 cup full fat sour cream - saya guna yogurt


For the Frosting/Untuk Frosting:

6 ounces cream cheese, room temp - saya guna Tatura Cheese 250g
4 Tbsp (1/4 cup) unsalted butter, room temp - saya guna salted butter
2 cups powdered sugar - saya letak 1 1/4 cawan
1 teaspoon vanilla extract
1 teaspoon lemon juice

Method:

Preheat the oven to 350°F (175°C) . In a medium bowl, whisk together the flour, baking soda, cinnamon, and salt. Panaskan oven pada 350°F (175°C).  (Saya guna suhu 150 C).   Dalam mangkuk, campurkan tepung, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.

Beat together in a mixer the butter and sugars. Beat in the eggs one at a time. Mix in the vanilla and mashed bananas. Pukul dengan mixer butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti dengan essen vanila dan pisang lecek dan terus pukul hingga sebati.

Mix in half of the flour mixture, then the sour cream, then the other half of the flour mixture. Masukkan separuh dari campuran tepung diikuti sour cream/yogurt dan diakhiri dengan separuh lagi tepung. Gaul hingga sebati.

Spread batter evenly in a greased 10x15 baking pan. Bake at 350°F (175°C) for 20 minutes, or until nicely browned and the surface bounces back when you press it with your finger. Cool completely before frosting. Tuangkan adunan ke dalam baking pan yang sudah digris dan bakar pada 350°F (175°C) selama 20 minit atau sehingga ia kelihatan perang dan permukaannya kenyal bila ditekan dengan jari. (Saya bakar pada suhu 150 C selama 40 minit). Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum disapu dengan frost.

To make the frosting, mix all of the ingredients together with an electric mixer. If too stiff to spread, add a teaspoon or two of water. Spread the frosting evenly over the cake and slice to serve. Untuk membuat frosting, pukul dengan mixer semua bahan frosting. Jika terlalu pekat, tambah 1-2 sudu teh air. Bolehlah disapu atas kek sebelum dihidang. (Saya potong kek kepada dua kepingan dan sapu frosting di tengah-tengahnya, kalau tabur kacang panggang ditengah-tengahnya pun okay jugak).


Abaikan tempekan cis yang agak kurang encem tu ya tapi rasanya memang yummy..,tak boleh makan banyak-banyak sebab cis yang bergulung-gulung tu...sesungguhnya menambahkan lemak dibadan hu..hu..!

Wassalam...

Chicken Salad rasa kita...

Thursday, November 15, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Selamat Tahun Baru sekali lagi saya ucapkan buat rakan-rakan semua. Dah makan ke belum? Tentu dah rasanya kan. Selalunya kalau hari cuti begini kalau namanya bukan berada di kampung, cuma lepak dirumah, maka tengahari selalunya jamah yang ringkas saja.

Minggu lepas pun saya buat salad ni tapi Cik Suami tak puas makan...jadi minggu ni saya buat lagi. Sebab apa saya kata Chicken Salad rasa kita sebab saya letak beberapa tangkai cili padi untuk menambah umph nya.:)


Chicken Salad
Olahan: mymintroom

Bahan:

Seketul dada ayam 
Daun salad secukupnya
1/2 biji timun - hiris memanjang
1 biji tomato - belah 6 @ potong dadu jika suka
Setengah biji bawang besar - hiris nipis
Segenggam kacang tanah - panggang dan tumbuk/cincang kasar
2 sudu besar raisin

Bahan untuk Salad Dressing: 

1/4 cawan sos thousand island
1/4 cawan mayonnaise
1/2 sdt serbuk cayenne pepper
Secubit garam
3 tangkai cili padi - hiris
1 sdt jus lemon

Untuk salad dressing, campur semua bahan di atas kecuali jus lemon dan kacau. Bila sebati masukkan jus lemon dan kacau sedikit. Ketepikan.
 
Cara menyediakan Chicken Salad:

Gaul dada ayam dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam dan goreng dengan minyak sedikit saja. Goreng sehingga daging masak, tak perlu garing sangat. Bila ayam dah masak biarkan sebentar sebelum dipotong dadu. Campurkan semua sayur, bawang, kacang dan raisin ke dalam mangkuk salad. Masukkan ayam yang telah dipotong. Gaulkan bersama salad dressing. Sedia untuk dinikmati.


Wassalam...

Doa Akhir dan Awal Tahun Maal Hijrah

Wednesday, November 14, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kurang 24 jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Suka saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua doa awal dan akhir tahun yang boleh diamalkan sempena tahun baru Maal Hijrah 1434H esok.
     
DOA 1 (Akhir Tahun)

Doa akhir tahun sebaiknya di amalkan selepas solat Asar, hari terakhir bulan Dzul Hijjah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : 

Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

DOA 2 (Awal Tahun)


Sedangkan doa awal tahun di amalkan setelah solat Maghrib.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : 

Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434H.

Sumber : E-Mosque


Wassalam...

Banana Caramel Cake

Tuesday, November 13, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar semua? Di harap sihat hendaknya disamping keluarga tersayang. Rasanya ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang minggu ni membawa anak-anak dan keluarga melawat ke tempat-tempat menarik. Tidak kurang juga memilih untuk berehat dan menghabiskan masa di rumah saja. Saya tak ke mana-mana setakat ini kerana Cik Suami pun bekerja dan hanya bercuti pada Khamis dan Jumaat saja. Tiada perancangan tertentu, mungkin window shopping ajelah. Kiki pun tak ada di rumah sebab menghadiri Khemah Celik Al Quran selama sebulan.

Banana Caramel Cake ni merupakan resepi seterusnya dalam projek melangsaikan stok pisang dalam freezer. Resepi ringkas yang saya perolehi dari blog Yummly.  Terus saja ke resepinya di bawah ya...


Banana Caramel Cake
Source: Yummly

Ingredients:

2 cups all-purpose flour
1 teaspoon cinnamon
1/2 teaspoon nutmeg
1/4 teaspoon clove - I skipped
1 teaspoon salt
1 teaspoon baking soda
3 large eggs
1 1/4 cups vegetable oil
1 3/4 cups sugar - I reduced to 1 1/2 cup
1 tablespoon vanilla extract
3 ounces chocolate, broken into small pieces (I used a 65% chocolate)
3 ripe bananas, diced - saya lecekkan

Caramel:

1/2 cup firmly packed brown sugar
2 tablespoons milk
4 tablespoons unsalted butter, cut into pieces

Directions:

Butter and flour a tube pan or a bundt pan that can hold 12 cups.

Preheat the oven to 350 degrees F. (I set the oven at 150 C)

Sift together the dry ingredients (flour, cinnamon, nutmeg, cloves, salt and baking soda).

In the bowl of a stand mixer, combine the eggs, oil and sugar. With the paddle attachment, mix on medium speed for 2 to 3 minutes.

Scrape down the sides of the bowl to ensure that the sugar has been incorporated.

Add the vanilla extract and mix for another 30 seconds.

With the mixer on low speed, add the dry ingredients a bit at a time. Scrape down the sides of the bowl every now and then to ensure everything is incorporated.

Once the dry ingredients have been added, remove the bowl from the stand mixer and add the chocolate and bananas. Gently fold them in with a spatula or a wooden spoon. Don't over mix.

Spoon the batter into the prepared pan. Bake for 50 minutes and then test the cake to see if it's done by poking a toothpick or cake tester into the centre of the cake. If it comes out clean, it's done. If not, bake the cake for another 5 to 10 minutes. In my oven, this cake took 55 minutes.

About 5 to 10 minutes before the cake is done, make the caramel by combining all the ingredients in a small pan. Bring to the boil and stir occasionally to ensure that it doesn't burn. Let it boil for about 5 minutes and then turn off the heat.

Once the cake is out of the oven, poke holes all over the cake with a skewer. Immediately pour the caramel over the cake, stopping every now and then to let the caramel sink inches If the caramel pools in spots, poke more holes to allow it to sink inches.

Let the cake cool in the pan on a wire rack. Once it's cool, loosen the cake from the sides of the pan and then unmold it onto a plate.


Banana Caramel Cake
Sumber : Yummly

Bahan:

2 cwn tepung gandum
1 tsp serbuk kayu manis
1/2 tsp serbuk buah pala
1/4 tsp serbuk bunga cengkih - saya tak letak
1 tsp garam
1 tsp baking soda
3 bj telur size A
1 1/4 cwn minyak sayuran
1 3/4 cwn gula - saya letak 1 1/2 cwn saja
1 tbsp  essen vanilla
3 oz coklat, potong kecil (saya guna 65% coklat)
3 bj pisang masak, potong dadu - saya lecekkan

Karamel:

1/2 cwn gula perang
2 tbsp susu
4 tbsp butter tak bergaram, potong kecil

Cara:

Sapu mentega dan tepungkan loyang  pembakar roti.

Panaskan oven pada 350 F @ 175 Celcius. ( Saya set suhu oven pada 150 C )

Campurkan semua bahan kering (tepung, serbuk kayu manis, pala, bunga cengkih dan baking soda).

Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak dan gula dan putarkan mixer pada kelajuan sederhana selama 2-3 minit.

Kikiskan sisi mangkuk supaya gula bercampur sempurna.

Masukkan essen vanilla dan kacau lagi selama 30 saat.

Dengan kelajuan rendah, masukkan campuran bahan kering sedikit demi sedikit. Kikiskan di sisi mangkuk supaya semua bahan digaul rata.

Apabila semua bahan kering sudah sebati, masukkan cokelat dan pisang tadi. Kacau dengan spatula @ senduk kayu. Jangan kacau berlebihan.

Tuang adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar selama 50 minit. Bila dicucuk dengan lidi dan lidi kelihatan licin bermakna kek sudah masak. Jika tidak boleh terus membakar selama  5-10 minit, bergantung kepada jenis oven masing-masing.

Lebih-kurang 5-10 minit sebelum kek masak, bolehlah disediakan sos karamel dengan mencampurkan semua bahan dalam kuali atau "sauce pan". Didihkan serta kacau selalu supaya ia tidak hangus. Didihkan selama 5 minit dan tutupkan api.

Bila kek masak, keluarkan dari oven dan buat lubang di keseluruhan permukaan kek dengan mencucuk menggunakan  "skewer" atau besi pembakar  (saya guna "chopstick" ). Terus tuang sos karamel di atas kek, tuang perlahan-lahan supaya sos meresap ke dalam kek. Jika sos kelihatan bertakung di atas kek, cucuk lagi kek dengan skewer.

Biarkan kek sejuk di dalam loyang di atas redai. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang tersebut dan sedia untuk dinikmati.

Wassalam...

Bubur Kacang Diyan

Friday, November 09, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Alhamdulillah syukur kerana dengan izinNya kita bertemu sekali lagi di hari Jumaat ini yang juga hari terakhir persekolahan, Mungkin ada yang dah berkira-kira dan merancang untuk memenuhi cuti yang panjang ni pergi bercuti bersama anak-anak. Mana yang bekerja pulak tentu dah merancang untuk bercuti panjang sambil menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki. Apa-apapun semoga perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar, Insyaallah...


Beberapa hari lepas anak buah Cik Suami di pejabat ada memberikan beberapa biji buah durian. Musim durian baru nak bermula. Elok sangat lah tu ya...mana yang ada dusun di kampung tu, moh pakat-pakat balik kampung tunggu buah diyan gugo. 

Rasanya macam tak puas kalau semua durian ni dimakan mentah gitu aje. Jadi separuh kami makan mentah dan selebihnya buat bubur kacang.  Semalam semasa ke Mydin membeli kelengkapan anak untuk ke Kem Ibadah selama sebulan yang akan bermula Ahad ni, saya beli sekali kacang hijau untuk di buat bubur durian ni.

Bubur Kacang Durian
Oleh: mymintroom

Bahan:

2 cawan kacang hijau
Beberapa ulas durian (ambil isi sahaja, boleh juga masukkan beberapa ulas dengan bijinya sekali jika suka )
3 cawan santan pekat
Sekeping gula melaka *
Beberapa sudu besar gula pasir (ikut kemanisan disukai) *
Air secukupnya *
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara:

Bahan * dimasak hingga larut, tapis dan ketepikan.

Dalam periuk berasingan, kacang hijau direbus bersama air hingga empuk.

Campurkan semua bahan kecuali santan. Biar hingga mendidih.

Masukkan santan, tambah secubit garam, masak atas api sederhana dan kacau sekali sekala hingga mendidih. Tambah gula jika perlu dan masak sekejap sebelum api dimatikan. Siap untuk di hidang. Sesuai juga dimakan bersama roti dan biskut kering.

Wassalam...

Adab-adab ketika memasak

Thursday, November 08, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni tiada entry masakan. Asyik entri kek pisang je kan...diri sendiri pun dah naik jemu, apatah lagi orang lain.

Kata orang "biar mati anak jangan mati adat" atau "biar mati adat, jangan mati agama". Apa-apapun bukanlah nak cerita pasal yang mana lebih penting atau yang patut didahulukan, tapi tentang adab-adab ketika memasak. 

Memasak seperti yang kita ketahui memang ada adab-adabnya...kalau tengokkan adab-adab yang perlu dipratikkan mengikut landasan agama Islam memang tak termampu nak buat semuanya. Tapi yang indahnya kalau kita mempraktikkan adab-adab tersebut semasa memasak akan mendatangkan keberkatan dan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Dibawah ini saya kongsikan antara adab-adab memasak yang saya petik dari Ahlia  buat tatapan semua semoga kita dapat sama-sama memanafa'atkannya.

1) Apabila kita akan memasak, sebaiknya berwudhu' dan membawa enam sifat dalam diri kita. Hendaknya senantiasa menutup aurat.

2) Melaksanakan solat sunat rakaat.
 
3) Masuk ke dapur membaca doa berikut. " Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa." Ertinya." Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami."

4) Doa membuka tong beras adalah: " Allahumma baa rik lanaa fiihi warzuqnaa khoirom minhu." Ertinya." Ya Allah berilah keberkahan kepada kami dan berilah kami rezeqi yang lebih baik darinya."  

5) Doa menaruh beras ke dalam tong: " Alhamdulillah hillazii aot'amanaa min ju'." Ertinya." Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan setelah rasa lapar."

6) Doa mengambil beras: " Maa 'indakum yanfidu wa maa 'indallahi baaqin." Ertinya. " Apa yang ada di sisiMu akan lenyap dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal." 
 
7) Doa mencuci beras adalah: " Alhamdulillahil lazii aot'amanaa khoirom minhu." Ertinya. " Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan lkebaikan sesudahnya."

8) Doa menaruh air ke dalam beras bersih: " Yaa ayyuhal laziina aamanusdbiruu wa sdoobiruu wa roobitduu wat taqullaha la'allakum tuflihuunn." Ertinya.: " Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertawaqallah kepada Allah supaya kamu beruntung." ( Surah Al-imram ayat 200 ) 

9) Cara mengadun makanan adalah dari kanan ke kiri.
 
10)Doa memotong sayur, buah dan ikan adalah: " Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf 'aluunn." Ertinya." Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu."
 
11)Doa mengadun sayur ke kanan.: " Lai salahaa min duunillahi kaasyifah." Ertinya. " Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah." 

12)Doa meletak beras di atas dapur adalah: " Fasayakfiikahumullahu wa huwassamii 'ul 'aliim." Ertinya. " Maka Allah akan mencukupi kamu dengan mereka dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

13)Apabila beras yang telah dibeli akan di masukkan ke dalam tempatnya, bacalah doa di bawah ini: " Watarzuqu man tasyaaau bighoiri hisaab." Ertinya. " Dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan." 

14)Agar makanan menjadi lazat, bacalah selawat 3x dan istighfar 3x.
 
15)Membaca surah Insyirah juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut, Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.

Wassalam...

Chocolate Raisin Banana Bread

Wednesday, November 07, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Going banana with banana...kali ni Roti Pisang campur Choco Chip & Raisin. Sedap? Memang sedap. Nak buat pun tak susah.
 
Tak mahu cakap banyak...terus aje ke resepinya ilham dari blog Mindysdeli. Saya olah semula resepi beliau mengikut selera keluarga. Saya letakkan linknya saja di sini untuk rujukan.


Chocolate Raising Banana Bread
Olahan: mymintroom

Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
Secubit garam
1/4 cwn margerine -- dicairkan
1 cwn gula perang
1 cwn susu penuh krim
1 cwn pisang yang telah dilecek
1 cwn raisin
1 cwn chocolate chips

Cara:

Panaskan oven 180 Celcius (@ ikut kesesuaian oven anda, saya panaskan pada 140 Celcius).

Lecekkan pisang dan campurkan baking soda. Ketepikan. Dalam mangkuk lain campurkan tepung, baking powder, gula serta garam.

Campurkan margerin dan susu ke dalam campuran pisang tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung dan kacau sebati. Asingkan secukupnya chocolate chip dan raisin untuk hiasan dan selebihnya masukkan ke dalam adunan dan gaul rata. Hiaskan atas adunan dengan chocolate chip dan raisin yang telag diasingkan tadi.

Tuang ke dalam tin pembakar roti dan bakar untuk 45 minit. Kurangkan suhu ke 150C dan terus bakar hingga 15 minit atau sehingga roti masak. (Saya kurangkan ke 120 C dan terus bakar selama 10 minit saja).


Keluarkan roti dari oven dan sejukkan sebelum dipindahkan ke atas redai. Bolehlah dipotong selepas 2-3 jam.


Sesuai dihidang bersama Teo 'O' panas-panas.


Okay..., Selamat Mencuba...


Wassalam...

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS