Moist Chocolate Muffin

Sunday, September 30, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu. Sihat ke? Sarapan apa pagi ni?  Sarapan yang ringkas ke atau yang berat? Samada berat atau ringan, sarapan adalah "the most important meal of the day", selepas tidak makan apa-apa pada waktu malam yang panjang. Sesiapa yang tidak mengambil sarapan selalunya akan merasa penat, tidak ada upaya dan tidak selesa. Sebab apa, salah satu sebabnya paras glukos dalam badan berkurangan, bila berkurangan  otak kita yang sangat sensitif pada paras glukos tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan kurangnya glukos dalam fungsi dan sistem tubuh badan. Saya juga pernah terbaca bahawa kerap tidak mengambil sarapan boleh mengecutkan saiz otak dan tentulah ini akan menjejaskan prestasi mental seseorang. 

Jadi, jangan tak sarapan walau macamana sibuk sekalipun kita bekerja, okay.


Muffin ni saya buat beberapa hari lepas. Kalau dah namanya chocolate, dah tentu tak adalah kedapatannya lagi kat rumah ni. Sesuai jugak kalau nak dibuat kudapan untuk sarapan pagi. Tapi saya tak pernahlah jamu muffin sebagai sarapan setakat ni.


Resepi muffin ni ada pada file resepi yang saya kumpulkan tapi tak ada nama tuanpunya resepinya jadi tak dapatlah saya nak nyatakan disini.


Moist Chocolate Muffin
Sumber: Koleksi sendiri


Bahan:

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair @ susu sejat ideal
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula (kalau tak suka manis, boleh kurangkan) - saya guna brown sugar
1/2 cawan minyak masak
1 sudu besar mentega yang dilembutkan pada suhu bilik
1/2 cawan tepung gandum *
1/2 sudu teh soda bikarbonat *
1/2 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
2 biji telor - blend hingga halus

Cara:

Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Panaskan pada api sederhana dan kacau rata cukup hingga semua bahan larut.

Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat dan kacau lagi hingga sebati.

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau hingga sebati semuanya.

Sendukkan ke dalam cawan kertas sehingga separuh penuh dan bolehlah diletak topping yang disukai. Bakar pada 170 Celcius selama 20 minit @ ikut kesesuaian oven masing-masing (saya bakar pada 150 Celcius selama 20 minit). 

Saya letak adunan tu lebih sikit dalam cawan kertas/cup, tu sebab dia gembo-gembo cam tu. Saya suka yang gembo cam tu, melainkan kalau nak letak aising baru letak separuh cup aje.



Wassalam...

Nak Pek Nga? Nga-nga lah mulut tu nak suap!

Saturday, September 29, 2012




Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Pertama kali dengar perkataan Pek Nga selepas baru kahwin, ehem ehem...Orang kampung belah suami panggil lempeng tu Pek Nga. Pertama kali bila dia orang tanya nak Pek Nga tak? Saya tanya ha....? Dengan kening naik sebelah cam Ziana Zain...:)  Pek Nga namanya sebab kita tempek dia kat belanga atau kuali. Orang utara panggil kuali tu belanga.

Pek Nga ni ada yang panggil lempeng, lempeng kelapa dan mungkin ada nama-nama lain lagi yang saya tak tahu. Tengahari Jumaat semalam, saya buat Pek Nga yang super easy, super simple dan super fulfilling. Saya buat dapat 5 keping yang mini-mini tapi makan 3 aje...balance tu petang saya cicah ngan gula lak....hiiiii mana nak diet cam ni.


Bahan nak buat Pek Nga aka Lempeng:


1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
Sedikit garam
1 1/2  cawan air atau air secukupnya (adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)

Cara nak memPek Nga aka meLempeng:
  Masukkan tepung, garam dan gula. Masukkan air dan sukatan air mengikut tepung, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

Gunakan api sederhana.
 
Panaskan kuali/pan dan letakkan minyak dalam 2-4 sudu besar minyak. Kemudian ambil senduk dan tuangkan andunan tadi ke dalam kuali dan ratakan bentuk seperti lempeng / pancake.

Kalau nak peknga/lempeng lagi sedap gunakan segenggam kelapa parut campur kedalam adunan tadi sebelum menempeknya ke belanga.

Resepi ini untuk 2-3 keping peknga/lempeng (mengikut saiz tempeknya).

Makan dengan sambal tumis ikan bilis. Saya selalunya makan dengan kuah kari balance lauk  semalam. 

Wassalam...

Kek Coklat Puding Karamel

Friday, September 28, 2012



"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hujan...oh...hujan...musim hujan nak tiba dah...sejuknya. Sejuk-sejuk ni perut pun asyik nyanyi aje. Kejap lagu keroncong...kejap lagu dikir barat..sesekali lagu...sampaikanlah salam kuihku padanya...buat kuih apa hari ni..nak cikit. Teringin kuih talam ni..tak kiralah talam apa pun janji talam. Nak buat tak berapa nak laku, Kiki tak berapa nak suka...melainkan tak ada benda lain nak bedal baru dia makan. Asyik dok kenen kek coklat je. Tunggu kek coklat dari Mak Ngah kat Penang tak sampai-sampai, kena buat sendirilah jawabnya.


"Kiki, mak buat kek coklat yang ada puding atasnya nak tak?"

"Sukahati mak lah."  Jawapan klise dari anakku...erghh...Tak kisahlah janji kalau buat....boleh habis....


Bab kek coklat tak perlu risau sebenarnya asalkan kek tu moist dan tak terlalu manis, memang Kiki suka sesangat.


Kek ni saya buat semalam, ada beberapa resepi yang hampir sama dan serupa tapi saya memilih resepi dari dapur Kak Ummi Zaihadi yang dikala ini sudahpun berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat haji. Semoga Kak Ummi dan suami sentiasa berada dibawah limpahan rahmatNya sepanjang berada di sana serta dikurniakan haji yang mabrur.



Kek Coklat Puding Karamel
Sumber : Ummi Zaihadi

(A) Bahan (Gula Karamel) :

2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)

Cara:

Taburkan pada dasar acuan silikon atau loyang dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula)

(B) Bahan Puding Karamel :

3 biji kuning telor
1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:

Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut saja)
Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi. Kalau ada bunyi macam kaca retak semasa menuang atas gula hangus tu, jangan panik, itu perkara biasa.

Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nanti tak boleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah). 
Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit. (sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

(C) Bahan Kek Coklat:

1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
1 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega yang dilembutkan 
         * (bahan di atas disebatikan bersama)
 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder 
              (bahan di atas diayak bersama)

4 biji telor - blend hingga halus

Cara:

Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.

Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.

Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang guna sudu dulu di permukaan puding agar puding tidak pecah).

Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.
(saya bakar pada 150 Celcius selama 50 minit)

Wassalam...

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS