Thursday, April 14, 2011

Apr 12,2011

Petang Selasa, macam biasa Acu balik kerja sampai rumah lebih kurang 6.30 pm. Ingat nak ke pasar malam. Lepas je sampai rumah terus siap-siap nak ke pasar malam. Entah macamana teragak tengok HP kot2 ada miss call sebaik je nak masuk kereta. Tengok2 ada miss call dari nombor yang tak dikenali. Selalunya Acu tak return call kalau dapat miss call dari nombor yang tak ada dalam senarai tapi entah camna hati tergerak lak nak call balik nombor tu. Bila call rupa2 nya Kiki yang talipon guna HP mak kawan dia. "Mak, ni Kiki ni...Kiki jatuh main bola kat padang, luka besar kat kaki banyak darah!" Nah, berderau darah Acu di buatnya. Acu terus ke tempat dia selalu main bola. Ramai kawan2 dia kat situ. Tengok2 kakinya kat bahagian tapak kaki kiri dah berbalut. Banyak kesan darah tapi darah dah berhenti ngalir. Terimakasih sangat2 kat mak kawan Kiki tu tolong cuci dan balutkan luka nya. Tak sempat nak tanya nama..nanti kena jumpa dia balik ucap terimakasih betul2. Kalau Acu lambat semalam dia kata dia nak hantar gi klinik dah. Acu pun terus nak ke klinik paling dekat tapi susah betul parking pun tak ada sebab ada pasar malam. Talipon abah dia, baru sampai rumah so patah balik and terus gi klinik kat Silibin, 10 minit perjalanan. Sampai2 bila buka balut tu dalam rupanya luka tu, doktor kata kena xray takut ada apa2 (kaca etc) dan kena jahit. Sebab dia tak cukup alat dia refer ke Ipoh Specialist. Kami pun terus ke sana, hospital yang sama Kiki admit masa dia kena bell palsi last 2 years. Sampai je lepas register terus doctor check , x ray nasib baik tak de kaca so boleh terus gi jahit. <> 9.15 pm kiki di masukkan ke operation theatre. Kejap je jahit. Tunggu nya yang lama... Dalam 10.30pm selesai terus masuk wad. Wad semua full house yang ada yang single bed je... Alhamdullillah.. tak de yang perlu di risaukan.. Yang pastinya lepas ni kalau main bola Kiki takkan lupa pakai kasut bola. hari yang ada tuition, dia selalu tak pakai kasut sebab nak kejar masa...tuition habis 6 pm..jadi sebab nak kejar main punya pasal sampai kasut pun tak mau pakai. Berapa kali dah Acu pesan.. Kali ni harap2 dia belajar dari kesilapan ni.
Kiki discaj hari ni..Acu tak cukup tido & perut pun angin sbb tak lalu makan. On the way nak balik tadi, kepala pun pening sampai muntah2. Balik Acu terus tido 2- 5pm. Kiki rehat je sambil tengok TV.

Wassalam..














Kawan2 Kiki datang menziarah ptg tadi. Lawak kawan2 dia ni macam Kiki gak loyar buruknya. Yang hujung kiri tu member kamcing dia. Montel cam dia gak.