Sunday, January 16, 2011

Tunggu Domino's Pizza...terbaik dari ladang...




Tapi sori...pizza dah dalam perut..lupa nak lip lap...

Steamboat..menu sambil nonton Raja Lawak...


Saturday, January 08, 2011

Rumah Anak Yatim Maahad Darus Salam

Salam...lama tak jenguk blog sendiri....sibuk sikit awal tahun ni...sibuk-sibuk pun hari ni sempat participate rakan sekerja ke rumah Anak2 Yatim Maahad Darus Salam dekat Tambun. Jam 8.45 am sampai. Kami ada program gotong royong di samping sedikit program riadah dengan anak2 di sini. Ini first time involve dengan program sebegini. Tahun sebelumnya tak berkesempatan. Insaf juga bila tengok keadaan anak2 di sini. Serba kekurangan...insaf bila ustazah yang menyelia asrama ni bercerita tentang latar belakang anak-anak ini...Asyik ambik gambar orang..gambar sendiri tak sempat nak ambil...

Paling tak terurus, bahagian stor, banyak pakaian terpakai. Banyak yang tak sesuai dipakai oleh kanak2 ini tersimpan di stor. Kami asing2kan untuk di hantar ke tempat lain atau di lupuskan. Sedih bila baju yang lansung tak boleh di pakai pun turut didermakan...

Bilik air...sentiasa basah sebab tangki bocor. Pintu pun dah terkopak.. Tangga yang di perbuat dari kayu dah hampir reput..

Bilik darjah hanya ada satu kipas dan peralatan mengajar serba kekurangan..